Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Soal jawab Selsema Khinzir | Swine Flu Q&A

Translated dan ditambah dan dikurangkan ayat2 sendiri secara bebas oleh zul. Artikel asal oleh Jeri Condit, senior editor untuk MSN Health Soal Jawab Selsema Khinzir Jika anda risau dengan selsema khinzir, disertakan fakta yang dikeluarkan ole US Centers for Disease Control and Preventian (Pusat Kawalan dan pencegahan Penyakit US) untuk membantu anda memahami bagaimana wabak selsema khinzir ini boleh merebak dan apa yang anda patut buat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan wabak ini. Lihat update terkini di: CDC's Swine Flu Web site . Apa dia selsema Khinzir? (Atau Selsema Babi?) Selsema khinzir ni ialah penyakit yang biasa menjangkiti khinzir dan disebabkan oleh influenza virus jenis A. Penyakit ni biasanya menyerang khinzir2, amt jarang sekali menyerang manusia. Dalam rekod yang lepas, laporan berkenaan penyakit selsema khinzir ini memang sangast jarang berlaku, kalau ada pun dalam satu jangkitan untuk setap 2 tahun je. Daripada tempoh Dec 2005 - Feb 2009 cuma ada 12 ke

20 Ebook Percuma? Anda mahu?

Selepas membaca email daripada sahabat saya Yoji , saya rasa tak sabar untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan perkara ini. Especially kepada sesiapa yang memang baru berjinak dalam bidang cari duit di Internet ni. Tak kira dengan cara adsense mahupun dengan cara yang lain. Sila tengok segera senarai buku di http://tinyurl.com/20ebook . lebih 80% gagal Untuk pengetahuan anda daripada 100% yang pada mulanya berkobar2 cari duit di Internet lebih 80% menemui kegagalan disebabkan disebabkan banyak faktor yang paling utamanya ialah tiada Ilmu. Sebab itulah saya katakan saya tidak sabar untuk memberitahu anda semua berkenaan berita baik ini. Untuk dapatkan buku ini senang sahaja. Cuma perlu masukkan nama (tak payah nama sebenar pun takpe) dan email anda sahaja. Yorizz bermurah hati untuk memberikan anda 20 E-Book percuma daripada koleksi beliau. Saya sudah lihat sepintas lalu koleksi ini, ada sesetengahnya memang sudah ada dalam koleksi saya, manakala ada yang tiada lagi dalam koleksi s

Selsema Khinzir Selsema Babi Swine Flue

Nampak gaya semenjak dua menjak ni banyak betul wabak melanda umat manusia. Satu persatu . Denggi, Cikungunya (susah nak eja ni.. takt au betul ke tak), Selsema Burung, Penyakit Kaki Tangan dan Mulut, dan yang terkini dan tergempar sudah tentu Selsema Khinzir @ Selsema Babi atau dalam bahasa Inggerisnya Swine flue . Para doktor dan pakar perubatan tak sempat berehat, satu wabak belum setel, datang satu lagi wabak, lepas datang lagi wabak yang lain, lepas tu datang lagi dan lagi. Swine flue , Selsema Khinzir atau Selsema Babi pernah melanda sebelum ini (rujuk wikipedia ye) , tapi virusnye tak sehebat yang terbaru ni. Apa yang unik mengenai selsema khinzir kali ini ialah, virus selsema khinzir ini mengandungi gene dari babi, burung dan juga manusia . Kalau selsema burung disebarkan oleh burung, selsema khinzir ini pula agen penyebarannya ialah oleh manusia bukan hanya babi/khinzir sahaja. Khinzir tak boleh terbang, tapi manusia boleh naik kapal terbang. Dikatakan juga virus je

Borang LHDN 3 hari lagi.

Post ini ditulis waktu ini semasa saya sedang menunggu page e-borang Lhdn habis loading. Slow sangat. Tentu ramai tengah lumba2 isi borang e-filing ni. Ohh.. saya bukan isi last minute tau. Saya cuma nak update balik apa yang saya dah isi sebelum ni. So kepada sesaper yang tak hantar lagi borang LHDN cepat2 lah hantar! kepada yang dah hantar! tahniah saya ucapkan.. banyak ke cukai yang anda kena bayar? Kepada yang belum masuk ke kategori layak dicukai.. tahniah juga saya ucapkan, tak payah pening2 isi borang cukai. Kepada yang memang syarikat dah potong automatik daripada gaji, tahniah diucapkan kalau LHDN kena bayar balik pada anda. Ohh.. LHDN akan bayar balik dengan syarat anda kena telefon kepada LHDN supaya bayar balik duit anda. Tahun lepas macam tulah, saya call LHDN baru diorang akan keluarkan cek. Tahun ni? tak tahulah samaada saya dapat bayaran balik atau saya kena topup duit bayaran kepada LHDN... CEPAT ISI BORANG! --end of post -- first comment by: denaihati

Perlukah berhenti kerja?

Saya sekarang ni tengah compile cara buat duit free tanpa modal di Internet yang kemungkinan anda juga minat nak join sebagai pendapatan tambahan anda. Dah tulis2 draf2 atas kertas, tapi tak sempat nak taip betul2 lagi. Mungkin akan ada 2,3 pos berkaitan dengan cari duit free di Internet nanti. Harap bersabar. Buat masa ini jom layan post ini untuk difikir2kan. Untuk pengetahuan semua saya pernah menyertai MLM dan dalam proses belajar untuk buat duit online. Banyak juga yang saya belajar dan banyak rupanya yang saya tak tahu. Ketika saya join MLM dulu, dan ketika sekarang bila saya berjinak2 dengan cari duit free online, ada orang bertanya, kenapa saya buat bisnes online? Nak berhenti kerja ke? atau pun ayat2 macam "Wah.. tak lama lagi ngko berhenti kerjalah ye.. " Kalau waktu join MLM dulu lagilah, ada upline2 yang seolah2 menjatuhkan orang yang berkerja makan gaji, kalau yang makan gaji berhenti setelah berjaya buat MLM, nama itulah yang dijaja-jaja. Tak boleh salahkan dia

Design Banner Dengan Mudah

Okey.. just nak share dengan para sahabat semua. Bagi yang tak pernah buat banner , ada satu tool FREE yang bagus untuk design banner. Tengok banner bawah ni yang saya baru lepas design untuk blog saya yang satu lagi. Simplekan. Apa komen anda? Tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya antara dua ni. yang ni? A. atau yang ni? B. Mana satu patut saya guna? A atau B? Sempat main2 kejap dengan software tu tadi.. dapat la buat 2 benda lagi. Walaupun saya tak dapat design dengan cantik , jangan kutuk woo.. ada masa nanti saya design cantik2. Nak design satu untuk blog ni. Kalau nak tahu, saya bukan guna Paint atau Photoshop, tapi saya design percuma dengan Instant Banner Creator. Kalau anda juga berminat bolehlah daftar disana dan buat banner anda percuma dan semudah 1 2 3 . Chewah! Saya tak sempat nak buat review lagi. Apa yang saya boleh bagitau ialah, kalau untuk orang2 yang tak nak pakai Paint tapi malas nak belajar Photoshop etc. Instant Banner Creator ni memang sesuai. Kalau anda nak

Tak Pernah Cukup Duit?

Ikuti "snippet" perbualan saya dengan seorang kawan. Kawan: Ngko dari mana hari ni? Saya: Dari Puchong dengan adik. Kawan: Adik dah kahwin belum? Saya: Dah, isterinya ada tapi tak kerja. Duduk rumah. Kawan: Eh macammana dia hidup? (Kawan juga tinggal di Puchong, dan tahu yang adik saya cuma kerja kilang) Saya: (berfikir sekejap).. Entah , mungkin dia dapat adapt kot.. -- end of snippet--- Timbul lah persoalan yang acapkali timbul di fikiran saya. Kenapa ada orang boleh hidup dengan duit sedikit, kenapa ada orang tak cukup dengan apa yang ada , walaupun beribu2. Betulkah duit yang menjamin kebahagiaan? What is enough? When is enough? Saya tengok gaya hidup adik saya dan beberapa orang kawannya cukup simple, pagi pegi kerja, balik tengahari makan nasi kat rumah, pegi keje lagi lepas tu, malam beli nasik atau masak kat rumah, pukul 10.00 malam macam tu diorang pergi main takraw ramai2. Hujung minggu kalau larat buat overtime, kalau tak larat, lepak rumah bersama

Adsense Layout | Cari Duit melalui Iklan

Tadi baru cerita pasal cari duit ikut advertisement... Ohh... blog ni takkan diguna untuk adsense, orang kata kalau nak guna adsense kena tulis dalam English atau pun pakai trick2 tertentu kalau ditulis dalam Bahasa Melayu. Saya ada bagitau denaihati semalam melalui twitter berkenaan hasrat saya untuk dapat duit sampingan melalui adsense , waktu tu saya bagitau saya tengah buat keyword study untuk blog zulprog.blogspot.com , selepas melihatkan blog saya beliau sarankan supaya blog tersebut tidak terlampau kelihatan sebagai blog sebaliknya supaya kelihatan seperti website. Huh! Ini saranan yang bagus. Terima kasih denai hati! Hari ni saya cari2 di Internet, jumpa satu layout yang bagus. Apa lagi teruslah pakai untuk blog zulprog.blogspot.com . Setakat ini berpuas hati dengan layout blog tersebut, tetapi ada lagi yang saya tak siap configure. Untuk projek adsense saya, saya tak berhasrat untuk start dari awal mengikut proses yang lengkap seperti yang dicadangkan dalam teknik Niche. Sti

Advertisement | Cari Duit Free dengan Blog

Kalau alang2 sudah ada blog sendiri, apa kata kita monetize blog kita. Sambil2 suka2 ber blog dapat lah buat duit sikit2. Pengiklanan merupakan salah satu cara buat duit . Eh macammana tu? Senang sahaja sebenarnya. Internet ni diakses oleh sangat ramai orang. Jadi Internet ni memang sesuai untuk mengiklankan servis/produk/website. Dimana nak iklankan? Sudah tentu di website2 dan blog2 anda. So inilah peluang untuk kita buat duit sambil2 berseronok menulis blog. Konsepnya mudah sahaja, pengiklan akan bayar kepada syarikat pengiklanan sejumlah wang untuk mempromosi produk /servis/website mereka, manakala agensi pengiklanan memerlukan pengiklan. Pengiklan tu ialah saya dan anda semua yang memiliki blog atau laman web. Biasanya pengiklan akan dibayar berdasar klik (pay per click). Senang cerita, jika orang klik dekat iklan tu, kita akan dapat duit, jangan sendiri klik oooo..... tak elok, takut melanggar TOS, nanti boleh kena terminate. Makin ramai orang klik , makin banyak

One More Survey @ youthsays

Yes! Dapat jawab satu lagi survey di Youthsays ! Mungkin terhad kepada 1000 orang sahaja kot. Baru lepas jawab survey berharga RM0.50. Rasa puas hati juga hari ni dapat jawab dua survey (yang ini dengan 1Malaysia tadi). Nampak gaya Youthsays kembali aktif dengan paid survey yang lagi banyak. Harap2 tak terlepas survey. Jom buat survey! Kepada yang belum lagi daftar survey, daftar lah cepat2. Oh minta maaf nampak macam excited lak saya. Memang excited pun. Erk walaupun sebenarnya hanya RM0.50. Tapi ntah, mungkin sebab dapat kumpul duit online ni rasa cool kot. Hehe.. Sebenarnya kita tak dapatlah jadi jutawan kerana jawab survey ni, tapi sekurang2 nya kita dapat bagi pandangan kita, dan kita dibayar sedikit wang penghargaan kerana jawab survey tersebut sebab memang survey ni terhad kepada jumlah tertentu sahaja. Itu yang rasa puas hati tu.. Kalau nak ikutkan duit takdelah banyak. Tapi siapa nak bagi kan? Nampak gaya memang kena cepat juga jawab survey ni. tadi waktu saya habis jaw

1Malaysia survey @ Youthsays

Okey just to inform hari ni buka youthsays tengok2 ada satu survey baru berkenaan dengan konsep 1Malaysia. Survey tersebut bernilai RM0.25 untuk 9 soalan mudah. Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh PM baru kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjawab survey ini yang ada kaitan dengan masa depan kita juga. Scroll kebawah, terlepas satu survey bernilai RM0.70 untuk 10 soalan(cukup 300 respondan katanya) . Survey tu bertajuk: UPDATED! Job and Career Qualitative Survey. Kepada ahli Youthsays cepat lah apa tunggu lagi, jawab segera! Who want to give free money for this simple Job. Yang belum jadi ahli lagi, klik sini untuk daftar . ---------------- end of post ------------------ first comment by: denaihati

Raja Kamil. biz | Lupa lak nak update

Lupa lak nak update berkenaan RajaKamil.biz, Blog Rajakamil.biz sudah lama up balik, dan lebih laju dari dulu. Beliau mengatkan bahawa, blog beliau mempunyai masalah script pada threaded Comment yang menyebabkan blog beliau mengalami kelembapan. Ada perubahan berkenaan pertandingan komen terbanyak di blog beliau. Sila rujuk blog Rajakamil.biz untuk maklumat lanjut. Kepada yang nak cari duit free hanya dengan menaip komen, bolehlah sertai pertandingan ini. Program pay per Lead Raja Kamil.biz setakat ini belum 'resurrected', beliau mengatakan bahawa beliau bercadang untuk memberi FREEBIES berupa ebook juga tetapi yang baru. Harap2 petua cari duit free lagi. Hrm.. adakah beliau akan dedahkan berkenaan dengan Adsense for domain? Kita tunggu dan lihat. Ok itu sahaja berkenaan blog RK . --------------end of post --------------- first comment by: paan

Mouse Cursor Keep Jumping | Solved

Semalam nak update blog lepas tu kononnya nak cari duit free melalui servis (cara cari duit seperti yang ditunjuk dalam pakej lumayan ), dan buat keyword study untuk adsense. (Erk Adsense ni salah satu cara cari duit jenis pengiklanan sama macam nuffnang, tapi international punya). Sebelum tu saje pegi jalan-jalan tengok forum kat internet. Ada satu forum tu, bila masuk ke page depan dia, cursor mouse melompat ke sana sini. Asyik2 terkena iklan kat laman diorang. Nak scroll ke bawah pun susah. Mulalah terpikir , memang ni cara diorang cari duit ke? Sengaja buat program supaya masuk web tu je, terus mouse akan fokus ke Iklan2. Bila ter klik je diorang dapat duit. Tapi cepat2 elakkan fikiran buruk tu.. Cuba klik kat link2 forum tu pun susah nak klik. Cursor asyik jumping je.. hadoooiiii Tutup terus web tu! Pegi ke blog sendiri pun mouse jumping gak! Masalah betul. Iskx3 takde rezekilah nak cari duit malam tadi. Terpaksa lak troubleshoot problem ni.. Dua tiga perkara yang dok main

Buat Emel yang Khas | Download E book | Freebies | Join Contest| Bisnes|

Tajuk diatas adalah dirujuk (macam surat rasmi la pulak ^_^). Sebelum tu mari kita layan gambar ni dulu. Hehe.. Adakah anda salah sorang macam gambar diatas? Saya cadangkan anda elakkan perkara diatas dari berlaku. Buat email yang khas untuk kategori yang anda tentukan, especially bagi penggemar produk free dan duit free internet macam saya. Kalau anda tak buat duit FREE pun saya cadangkan jugak untuk buat email-email khas. Untuk peminat FREEBIES dan produk Internet memang perlu email khas. Kenapa? 1. Banyak FREEBIES yang kita boleh dapat kat Internet, seperti ebook, script, banner (erk, pernah ada orang bagi free?), Template dan lain-lain yang bagus-bagus. 2. Banyak juga Contest di Internet ini dan banyak juga yang menawarkan hadiah wang tunai. Heh.. peluang buat duit FREE tuu. Di Malaysia Contest2 ini biasanya banyak dianjurkan oleh local Internet Marketer. Rugi kalau tak join. 3. Program buat DUIT FREE seperti Pay Per Lead pun banyak juga jangan lepaskan peluang. 4. Banyak E-Book2

Ebook Panduan Cinta pun ada?

Pembacaan ebook memang sudah menjadi trend masa kini. Yang terbaru ada ebook Panduan Cinta ? Macam tak percaya gak ada ebook macam ni dijual. Asyik tengok ebook money making je. Ebook ini adalah hasil karya Ridzuan Richie. Saya sendiri pun tak boleh buat review lagi pasal ebook ni,tengah tunggu pihak panduancinta untuk hantar download link kepada saya! Just for Info, saya baru sahaja subscribe email untuk dapatkan 2 Chapter pertama buku tersebut. Dua Chapter tersebut diberi percuma. Tak sangka E-book macam ni pun ada? Anda nak tau juga? klik sini untuk ke panduan cinta Panduan ni khas untuk wanita, tapi dengar cerita ramai juga orang lelaki beli. Huh! lambat betul nak dapat download link ni. --- end of post --- first comment by: LADYKiki

Tag from Paan | pasal BLOG

Ini first time jawab tag, walaupun tagging ni popular di kalangan blogger , personally saya memang jenis yang tak berapa minat sangat dengan tagging, especially jenis yang personal , tolong!!! tolong!! Kalau perkara personal jangan tag saya!! Kalau nak jawab tag pun saya pilih-memilih sikit, tak semua tag akan dijawab. Nasib baik la tag ni pasal blog. Jom kita layan jer lah.... Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu? Nama: Zul's Blog |Thinking+Knowledge > Kenapa: Zul 's Blog - Blog ini zul yang punya, obvious sangat , kan? kan? Thinking+Knowledge> Money tu pulak Motto buat masa ni. (note: Formula tu boleh ditukar bila-bila masa ikut suka) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu? http://zulseffort.blogspot.com (memang takde SEO langung, susah diingat, so kalau nak selalu visit blog ni bolehlah bookmark,linkkan ke blog anda, follow atau yang sewaktu dengannya .. hehehe ) Penat usaha pikir nama s

Google Pagerank | Sedikit Penerangan

Google Pagerank Dalam 2 entry sebelum ni , iaitu entry pasal Blog Ceera dan entry pasal blog pemimpin kita, saya sibuk tulis pasal Pagerank, PR0 lah , PR1lah dan seterusnya. Seolah2 pagerank itu tersangatlah penting. Yerps memang ada kepentingan. Google Pagerank akan ada effect terhadap kedudukan sesebuah website dalam SERP (Search Engine Result Page) kepunyaan Google. Dulu2 pagerank adalah segala2nya, tapi sekarang ramai Pakar SEO berpendapat, pagerank memang penting, tapi tidaklah sepenting dulu. Tapi walaumacammanapun pada masa sama mereka tidak menafikan akan pentingnya pagerank. Pendapat saya pula, carilah link / kawan sebanyak mungkin , amalkan SEO untuk lebih search engine friendly, Pagerank akan datang sendiri. Explanation Pictures tells thousands words Tengok betul2 contoh illustrasi Google Page Rank kat bawah ni, Illustrasi ini diambil dari Wikipedia. Biar saya explain dengan general sahaja tanpa guna matematik (rumusnya susah nak faham juga tu). Cuba perhatikan, ada

Back link for Top Commentator Disabled?

Kesibukan menyebabkan saya tak dapat nak layan blogging, hari ni pun sibuk, tapi waktu rilek2 kejap ingat nak tengok2 blog dalam 5,6 minit je. Saja tengok2 kot-kot ada komen-komen terbaru. Any update di blog2 yang dalam blogroll yang menarik untuk dibaca. Tengok2 Top Commentator widget ada masalah. Backlink ke blog/website commenter disabled tiba2 takde, tinggallah nama top commentator je, link ke blog mereka takde. Isk ... biasanya ada. Saya memang jenis yang suka troubleshoot, terus jerlah cuba2 cari solution. sedar2 masa dah berlalu lebih 20 minit. Manakala solution pun tak jumpa lagi. Ada ke patut. Keje tengah banyak. Terleka lak men troubleshoot blog. Teringat lak peribahasa(?) Mat Salleh, "Curiosity Kills the Cat". Orait.. sambung wat keje. p/s menulis ni pun nak amik mood kejap, lagi ringan dari troubleshooting :P. first comment by: [LADYKiKi]

Banyak Peluang Jana Pendapatan | c33ram00n.blogspot.com di Iremaja

Ingat nak tulis pasal dofollow tak pun pasal keputusan pilihanraya semalam. Tapi ada berita lagi menarik saya nak share. Iaitu berkenaan buat duit melalui blog. Ramai yang sangsi untuk buat duit dengan blogging, jangan sangsi lagi! Sebab memang dah ada contoh. Penulis blog c33ram00n.blogspot.com , salah satu tempat rujukan saya untuk menggodek layout blog telah ditemuramah oleh majalah IRemaja keluaran April. Topiknya tentulah berkenaan jana kewangan. Saya belum lagi beli majalah tu! Nak gak beli sebenarnya buat inspirasi. Tapi takpe biar saya bercerita dulu. Saya mula kenal dengan blog Ceera apabila saya nak cari cara untuk menggodek blog ni, asalnya blog saya ni 2 column, sekarang dah jadi 3 column! Yang kenalkan saya pada blog ni ialah wife saya , katanya blog ni memang menarik! Okey, sebab saya ni jenis yang analytical sikit, biar saya buat analisis sikit berdasarkan pemahaman saya. Boleh kan? Blog ni memang ramai visitor, cubalah anda masuk tengok, berapa ramai orang bersama a

Teka Bunyi : Soalan baru Esok

Quick Update, teka bunyi esok dah ada soalan baru, so balik RM100. tadi nak gak jawab dengan jawapan Kibar Bendera dengan laju . Hahha.. nasib baik tak susah2 call. Rupanya jawapan nya ialah: ......... ......... ........ ........ ....... ..... kibas2 kain sebelum jemur . Tahniah kepada yang berjaya menjawab, dapat lah RM300. first comment by : Cik Pah

Blog Pemimpin Malaysia | Alexa| Google Page Rank

Di Malaysia, blogger memang memainkan peranan penting dalam perkembangan politik. Di ketahui umum bahawa, salah satu pemangkin kepada kebangkitan Pakatan Rakyat juga melalui blog dan media Internet. Mahu tidak mahu seseorang politikus sekarang ini memang memerlukan blog untuk menyampaikan aspirasi dan buah fikiran masing2. (Erk.. saya taknak cakap pasal politik sebenarnya.. ini pun saja cakap2 sebab hari ni ada pilihan raya sedang berlangsung.) Orait! Kalau begini keadaannya, populariti seseorang ahli politik di alam maya ini sudah tentu boleh diukur dengan melihat kepada indikasi-indikasi berikut: 1. Bilangan pelawat dan page hit 2. Bilangan link ke blog 3. Bilangan komen yang di terima 4. Dimanakah blog tersebut didalam setiap search engine 5. Berapa orang yang subscribe feed ke email Dan lain2 lagi. Ada blog sahaja memang tak cukup. Ahli politik perlu ada blog yang hebat dan dibaca oleh ramai orang. Barulah pandangannya mudah sampai kepada para blogger dan pengguna Internet. Untuk

Template Problem| Update secara ringkas jer lah!

Hrm.. template blog ni memang bermasalah dua tiga hari ni, minta maaf kepada sesape yang masuk ikut Internet Explorer, column sebelah kanan tak akan kelihatan sehinggalah Perkataan ReadMore ditekan. Hairan! Saya pun tak tau apa masalahnya ni. Saya syak ada masalah dengan script utk buat readmore ni, tapi tak tahu nak patah balik dah ni.. itulah.. padan muka,tak buat backup!! 2,3 perkara nak tulis last weeken pun tak tertulis juga, sebab bengang ngan layout ni! Orait! Bengang-bengang jugak, mau tulis jugak pasal benda2 yang nak update minggu lepas. Tulis ringkas2 jer lah baru boleh fokus godek2 blog ni. Update 1 Terima kasih Paklah! Selamat bertugas Najib Update 2 Hadiah teka bunyi ERA RM7900 dah ada orang yang menang Jumaat Lepas - jawapannya ialah microwave. Hari ni dah start yang baru RM100 takde orang jawab betul tadi, padahal jawapan yang betul tadi ialah.. ..... .... .... .... ... ... hahaha.. saya pun tak tau! Klunya - "guna tangan pun boleh" Update 3 Wanmus melancarka

Pakej lumayan.. saya dah beli!

Untuk pengetahuan semua saya baru sahaja membeli satu pakej yang baik untuk beginner seperti saya. Namanya Pakej Lumayan. Harga sebenar pakej lumayan ialah RM60 . Saya tambah lagi RM20 untuk dapatkan Pakej Affiliate, bermakna saya habiskan RM80 untuk kedua2 pakej. Bagus sangat ke pakej tu sampai saya beli ni? Hrm, apa yang saya nak kongsi disini ialah, pakej lumayan memang bagus untuk beginner macam saya, erk ada 3 produk utama dan banyak produk free dalam tu sebenarnya! Tapi yang saya paling suka ialah Sistem Rahsia dan teknik Niche. Apa produk lain? Klik sini lah kalau nak tahu Review dari saya Saya dah baca sepintas lalu kedua2 e book tersebut. Saya berani mencadangkan agar pakej ini dibeli oleh anda yang cari duit di Internet tak kira part time atau full time. Pakej ini juga sesuai Mari saya tulis sikit berkenaan Sistem Rahsia (version 2) . Chapter 1: Sistem Model sesuai untuk dibaca oleh orang2 baru seperti saya yang baru berfikir2 apa yang patut dibuat untuk jana duit di Intern

Breaking News: Laman Affiliate PPL RK kena attack

Kepada yang masuk ke blog ini semalam, minta maaf kerana ada popup yang keluar kan?Popup itu sebenarnya disebabkan oleh banner promosi 3 e book percuma Ikan Kecil untuk Ikan Besar. Saya diberitahu oleh RK, website affiliate beliau telah di block oleh pihak hosting disebabkan oleh script affiliate tersebut menggunakan resource yang tinggi! Wierd, saya tengok takdelah berat sangat. Tentu kena hack! Jangkaan saya memang betul! Malam tadi RK email bagitau script tersebut terkena serangan oleh orang2 yang tak bertanggungjawab. Ini bermakna Pay Per Lead RK terpaksa diberhentikan. Walaubagimanapun beliau berhasrat utuk meneruskan lagi program PPL tersebut pada masa hadapan . InsyaAllah saya akan update di blog saya nanti. Sementara itu, website rajakamil.biz juga tengah bermasalah dan tidak dapat diakses buat sementara waktu. Buat sementara waktu ini, semua banner daripada PPL telah saya buang. Ini bermakna tiada program pay perlead yang saya sertai buat masa sekarang. ( 5 template adsense

Update peluang DUIT FREE PPL

Memandangkan PPL challenge/promosi mempunyai tempoh masa tertentu, saya akan cuba update disini perkembangan semasa program-program PPL. Anda boleh bantu saya dengan memberi komen anda berkenaan program PPL samaada program baru, tergendala / masih berjalan. Berita hangat dan terkini 1/4/2009 - Cabaran PPL Raja Kamil diberhentikan buat sementara waktu . P age affiliate kena attack! 26/3/2009 - Cabaran pay per lead raja kamil kini 5 tier Program ditutup PPL DuitSurvey ( Updated on 23/3/2009) 5 Template Adsense (1/4/2009) First comment by: denaihati