Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cari duit online

Selsema Babi, Virus H1N1, Traffic & Perniagaan Internet

Prakata Gambar virus H1N1 adalah di ambil wikipedia untuk tatapan anda. Tapi kali ini saya tak ingin bercakap tentang apa itu Selsema Babi atau bahasa sopannya selsema khinzir , Virus H1N1 dan yang lain2. Saya sendiri sudah menulis berkenaan selsema babi ini dalam post yang ini dan yang ini . Sekarang ni mari kita lihat kaitan isu ini dari sudut traffic dan perniagaan Internet. Traffic Seperti yang saya tulis dalam entry lapuk saya traffic memang penting untuk jana kewangan. Yang dimaksudkan disini bukannya traffic kat highway tu, tapi traffic ke blog page atau website page. Anda boleh baca lanjut pendapat saya berkenaan traffik dan duit di entry lapuk tersebut. Okey. Berbalik kepada selsema babi . Semua orang risau, nak tahu pasal selsema babi , lalu tempat paling cepat untuk mendapatkan informasi selsema babi ialah Internet. Dan sudah tentu yang menjadi sasaran ialah Google atau Search engine yang lain. Tentu banyak yang search kan? Jadi siapa yang ada di tangga teratas terh...

Bisnes Online | Cari Duit Online | Bolehkah?

Salam semua, Prakata Saya yang baru berjinak dalam bidang cari duit online ni sering dapat pertanyaan berkenaan bisnes Internet . Ada juga saya dapat pujian daripada kawan-kawan, ada juga yang perli. Ada juga yang meragui kehalalan bisnes Internet ini. Maka terpanggillah saya untuk menulis serba sedikit berkenaan bisnes Internet ni. Terima kasih saya ucapkan kepada yang memberi galakan. Saya memang sangat hargai! Terima kasih juga saya ucapkan kepada yang perli-perli, sekurang2nya saya tahu apa permasalahan yang mengganggu anda. Anda yang mana? Cari duit online , ada yang kata boleh, ada yang kata mudah, ada yang kata mustahil, ada yang kata mengarut pun ada. Saya percaya anda semua tergolong dalam golongan yang kata BOLEH. Kalau anda kata BOLEH! Syabas saya ucapkan. Kalau anda ragu2 pun saya tidak salahkan anda, kerana banyak juga skim2 cepat kaya yang bertopengkan Bisnes Internet . Sebenarnya bisnes juga tu - tapi cara yang tak betullah! Bisnes Online Berbalik kepada persoalan, Bo...

Banyak Peluang Jana Pendapatan | c33ram00n.blogspot.com di Iremaja

Ingat nak tulis pasal dofollow tak pun pasal keputusan pilihanraya semalam. Tapi ada berita lagi menarik saya nak share. Iaitu berkenaan buat duit melalui blog. Ramai yang sangsi untuk buat duit dengan blogging, jangan sangsi lagi! Sebab memang dah ada contoh. Penulis blog c33ram00n.blogspot.com , salah satu tempat rujukan saya untuk menggodek layout blog telah ditemuramah oleh majalah IRemaja keluaran April. Topiknya tentulah berkenaan jana kewangan. Saya belum lagi beli majalah tu! Nak gak beli sebenarnya buat inspirasi. Tapi takpe biar saya bercerita dulu. Saya mula kenal dengan blog Ceera apabila saya nak cari cara untuk menggodek blog ni, asalnya blog saya ni 2 column, sekarang dah jadi 3 column! Yang kenalkan saya pada blog ni ialah wife saya , katanya blog ni memang menarik! Okey, sebab saya ni jenis yang analytical sikit, biar saya buat analisis sikit berdasarkan pemahaman saya. Boleh kan? Blog ni memang ramai visitor, cubalah anda masuk tengok, berapa ramai orang bersama a...