Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Twitter + ChurpChurp = Money !

Ini satu berita baik bagi twitterer tegar dan mungkin boleh menggalakkan para pelawat blog ni untuk bukak akaun twitter. Ada satu lagi program pengiklanan khas untuk rakyat Malaysia dan Singapura! Namanya ChurpChurp cara sebutnya lebih kurang macam bunyi burung kot. memang sesuai sekali nama tu dengan tweet tweet.. churp churp tweet tweet! ChurpChurp ? 1. Program ni lebih kurang sama macam revtwt dengan magpie tu. Iyerlah Churp Churp akan churp churp dicelah-celah tweet kita. Churp = Money.. hehehe.. 2. Ads akan diberi berdasarkan kita punya timeline / tweet supaya takdelah wierd sangat flow tweet kita tu. Ada kesinambungan kataorang. 3. Cashout nya ialah RM100. 4. yang best satu lagi Churp-Churp ada senaraikan twitterer-twitterer yang baru daftar di ChurpChurp. Ada peluang tambah twitter follower tu. Mengikut blog megat.net , ChurpChurp Nuffnang punya. Saya dah pun daftar Kalau anda nak daftar juga dipersilakan. Kalau ada apa-perkembangan saya akan bagitau nanti. nak cakap banyak

Tutorial Revtwt: Iklan-Iklan dalam revtwt

Kalau sesiapa yang sudah bermula main revtwt , tentu anda perasan yang ramai rupanya sedang bermain dengan revtwt juga. Maklumlah revtwt merupakan salah satu cara cari duit PERCUMA tanpa modal melalui twitter. Sepanjang pemerhatian saya, dalam revtwt ini banyak jenis iklan rupanya. Bukan setakat CPC sahaja. Okey ini adalah bentuk-bentuk iklan dalam revtwt. 1. CPC (Cost per Click) Dengan cara menghantar tweet , dimana kalau ada orang klik pada iklan tersebut kita boleh dapat duit bergantung kepada nilai per click. Kalau kita set tweet tu dihantar secara automatik, maka automatik revtwt akan hantar tweet yang mempunyai nilai paling tingi. 2. CPT (Cost per Thousand) Pihak revtwt akan bayar kita based on number of followers. CPT ads ni nak kena ada dalam twitter timeline kita selama 72 jam barulah layak dibayar. Tapi sepanjang perkecimpungan dalam dunia revtwt ni, CPT ads ni kurang popular dikalangan advertiser. Lagipun setakat ni tak pernah dapat lagi CPT ads ni. Mungkin tak cukup follow

Asia Ceramic di Serbu BNM

diambil dari http://www.ceramicclub.net Asia Ceramic diserbu Bank Negara Malaysia adalah topik panas minggu ini. Dulu Buluh (buluhMas) sekarang ceramic pula. Manalah tak panas, ramai yang melabur dalam ceramic. Dan kebanyakannya macam biasalah orang Melayu kita. Kalau dah jadi macam ni biasanya akan timbullah perdebatan di Internet. Ada pengikut - pengikut tegar sudah tentu akan mempertahankan Asia Ceramic . Apa tidaknya duit dah banyak dilabur. Sebelum ni memang dah terbukti dapat duit kan? Apa yang menarik disini ialah coraknya sama sahaja. Seperti biasa sebelum sesebuah syarikat diserbu akan ada orang bagitau dalam forum-forum terutamanya di forum brunei di topix.com pasal serbuan yang akan diadakan, akan ada pula yang mempertahankan syarikat tersebut. Promosi syarikat masih menjadi-jadi walaupun dah ada ura-ura nak kena siasat. Dah kena siasat, syarikat dah tak beroperasi pun masih lagi ada orang pertahankan. Ada juga yang menyalahkan bank negara, kalau salah kenapa tak serbu d

Twitter Correcting , Automation dan Duit

Twitter Correction Adakah anda mengalami nasib yang sama seperti saya pada 24/7/2009? Kalau follower twitter anda menurun seperti saya , tak payah risau kerana pada 24/7 akaun-akaun twitter bots, dengan nama yang tak boleh disebut seperti @hhjkc3 (contoh sahaja) , telah pun didelete oleh pihak twitter. Proses ini dikenali sebagai twitter correcting. Saya rasa cukup gembira pada hari tersebut, kerana sudah berkali-kali robot-robot ini asyik follow saya. Sekarang saya lebih pasti yang follow saya ni ialah manusia dan bukan program. Twitter Automation Sebut pasal robot, dalam twitter ni ada juga manusia yang suka main full automation semata-mata. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menggunakan tool-tool yang dah ada untuk menghantar mesej-mesej bercorak pemasaran secara auto. Saya tidak pasti samaada pihak twitter akan block akaun-akaun sebegini pada masa hadapan. Cara pemasaran automatik memang best kerana anda tak perlu bekerja keras sangat , biar program yang buat. Namun saya nasihatk

Promosi Harga Runtuh One Drop Perfumes

Black for Men, White for women Seperti yang dijanjikan dalam pos yang lepas, Inilah dia jualan murah untuk 2 stok baru one drop perfumes Harga Biasa : RM 40 Harga Promosi : RM 32.50 (Semenanjung) RM35.50 (Sabah/Sarawak) Bayaran pos: RM5 ** -Promosi Sah Sehingga 31 Julai 2009 Sahaja- Untuk tempahan sila hubungi: Email: are_u3193@yahoo.com.my H/phone : 0 1 3 3 6 1 5 1 5 2 (Ayu) Twitter: @zulseffort * (bergantung kepada jumlah set belian & pd kawasan/tempat) p/s lawat juga blog ini http://ayudear.blogspot.com/2009/07/promosi-harga-runtuh_21.html

Buat Duit Dengan Blog dan Twitter: Cabar Diri Sendiri

Saya selalu membaca blog Azizwan dan blog Denaihati . Antara yang menarik dengan dua orang ini ialah cabaran yang mereka berikan terhadap diri sendiri atau pun karier blogging mereka. Denaihati memberi cabaran kepada dirinya sendiri untuk membina jenama denaihati di Internet . Manakala Azizwan pula memberikan cabaran kepada dirinya sendiri untuk buat duit dari blog. Kelihatan jelas sekali cara mereka menentukan matlamat mereka dalam dunia Internet. Denaihati ada membuat beberapa contest yang menarik. Yang terbarunya ialah dengan adanya contest pencarian weblog paling popular 1Malaysia dengan hadiah wang tunai bernilai RM5000 . Beliau juga ada menyatakan visi untuk menjadikan blog beliau sebagai mata pencarian kepada blogger-blogger. Bukankah itu ke arah penjenamaan blog. Manakala azizwan pula membuat cabaran khusus untuk dirinya dalam cabaran cari duit dengan blog . Setakat post ini RM125 telah terkumpul daripada blog beliau. Anda boleh lihat sendiri di blog beliau. Hrm mantap bukan.

Tutorial Revtwt : Auto post or manual post

Auto Post or Manual Post? Ada banyak berita sebenarnya saya nak kongsi dengan anda semua, tetapi saya dahulukan tutorial basic ini dahulu. Tidak adil rasanya kalau saya berkongsi peluang dengan anda untuk buat duit dengan twitter tetapi tidak memberitahu mengenai cara-cara bermain dengan program tersebut. Terlebih dahulu sebelum saya bermula, biarlah saya bagi sedikit pendapat penting iaitu: 1. Program ini tidak sesuai kepada yang nak kaya cepat 2. Program ini juga tidak sesuai jika USD0.05 itu tidak bernilai untuk anda. Okey, anda dah ada akaun twitter yang mempunyai follower lebih 50+ orang, lalu anda pun registerlah dekat revtwt , selepas tu apa lagi? Ada 2 cara paling basic nak hantar iklan ke tweet anda, iaitu dengan cara 1) Autopost 2) Manual Post Autopost: 1) Login ke akaun revtwt anda 2) Klik pada Menu twitter account 3) Tengok pada bahagian your twitter account , sila tick pada kotak dibawah column autopost dan ads/day. Boleh juga pilih bilangan ads sehari untuk satu akau

Manek Urai | teman Sosial Pak Arab | Kena Tipu | H1N1

Tu dia tajuk.. banyak betul dalam satu pos. Sebenarnya saya dah lama tak menulis berkenaan isu semasa. Ada 2, 3 perkara yang saya rasa tertarik untuk menulis ringkas sahaja. Pertama : Kes Tipu Duit Kes ditipu perempuan licik. Hattan sampai rugi 1.4 Juta . Begitulah, nampak gaya tak habis-habis lagi kes tipu duit ni. Siapakah yang harus disalahkan? Kedua : Elak jadi teman Sosial Pak Arab Dekat utusan Malaysia hari ni ada berita menarik berkenaan dengan Elak jadi 'teman sosial' Pak Arab . Dr Mashitah menasihatkan anak-anak gadis kita jangan cepat terpedaya dengan lelaki asing. Sekali fikir betul jugak nasihat ni , yelah dah banyak sangat kes melibatkan wanita malaysia dengan lelaki asing ni. Ada yang kena tangkap sebab dadah, ada yang berebut penjagaan anak , ada yang ditipu hidup-hidup. Adakah wanita Malaysia terlalu rapuh dengan pujuk rayu? Ketiga : Keputusan PRK Manek Urai Malam tadi dapat tau keputusan PRK Manek Urai dimana PAS Menang 65 Undi. Saya no komen sebenarnya pasal

Aku BUKAN Black yang dapat RM100,000

Malam tadi ada tengok konsert akhir mentor sambil-sambil makan cekodok cempedak. Memang best cekodok itu. Nak kata tengok mentor tu takdelah tengok sangat. Setakat tengok sekejap-sekejap aja. Sekejap ke dapur, sekejap mengadap laptop. Sempatlah tengok Black jadi Juara Mentor. Tinggi gak hadiah. Black dapat RM100,000 dan Kereta Kia Spectra (kalau tak silaplah) , Mas Idayu pun dapat RM100,000 gak. Huhu. tahniahlah. Siap ada patah-patah rotan lagi ( Malas nak komen pasal ni). Itu rezeki dia. Rezeki kita, kita kena cari sendiri. So macam biasalah dalam hujung minggu lepas sibuk sikit, antaranya: Ada belajar sikit-sikit buat slide utk you tube bersama my wife, leceh juga bagi orang tak kreatif macam saya ni. Tambah stok one drop perfume . Nantikan promosi harga runtuh untuk dua produk baru one drop perfume kotak hitam dan kotak putih. Explore twitter, menggunakan teknik Niche untuk tarik follower dalam twitter . Ingat lagi tak tip sebelum ni? Macam best je. Bilalah nak dapat 10,000 twi

Buat Duit Dengan Twitter (Revtwt) : Patuhi TOS | Cari follower

Jangan sampai kena banned Okey, daripada post saya yang lepas, saya percaya ramai yang dah pun mencuba untuk dapat duit dari twitter . Dalam keghairahan nak dapat duit ni jangan lupa ye patuhi TOS yang digariskan oleh pihak revtwt tu. Takut nanti akaun kena banned , rugi jer usaha penat-penat. Nak cari follower bukan mudah lak tu. Jangan lupa baca TOS . Apa yang perlu diingat RevTwt adalah sangat-sangat strict berkenaan dengan TOS ni. Apa yang saya tunjuk kat atas adalah antara yang dibanned, ada lagi sebab-sebab lain seperti click fraud, fully automatic account dan lain-lain lagi. Tip penting cari follower Okey bercakap berkenaan follower, saya ada satu tip penting yang boleh anda guna untuk tambah follower. Tentu anda tahu yang anda kena follow orang dulu baru orang follow anda kan? Okey ini satu tip saya nak bagi. Especially kepada yang baru nak start twitter. "Birds of the same feathers tweet together #quote by @zulseffort" - Tweet This Quote Orait selamat mencuba,

Konsep Buat Duit Dengan Twitter (Revtwt)

Okey kembali lagi dengan Buat Duit tanpa Modal Dengan Twitter . Saya suka sebenarnya nak bercerita pasal ni. Entah kenapa. Rasa teruja nak kongsi. Ohh.. saya taknaklah kongsi pasal pendapatan saya berapa. Malaslah. Cukuplah entry hari tu tunjuk pendapatan saya untuk lima hari. Okey hari ni saya akan cerita pasal revtwt kerana inilah program pengiklanan yang diclaim sebagai paling hot di twitter . Bagaimana program ni berfungsi? Biar saya cerita. Caranya senang sahaja. Katakan anda ialah seorang twitterer tegar. Anda selalu tweet , dan ramai orang follow anda. maknanya ramai orang tengok tweet anda. Ada satu syarikat ni nak tumpang tweet guna akaun anda(dengan izin) , untuk satu akaun maximum 4 tweet sehari diorang nak tumpang. Anda boleh pilih tweet tersebut. Kalau follower anda atau sesiapa sahaja klik pada link iklan tersebut, anda akan dapat duit. Cukup 20 dollar anda boleh cashout kedalam akaun paypal anda. Berminat? So kalau anda nak buat duit juga. 1. Kalau b

3 Tip Menangani Information Overwhelming #Tip 3

Okey , ini merupakan entry last 3 Tip menangani Information Overwhelming . Untuk pengetahuan anda semua para pelwat blog ini, tip-tip yang saya amalkan ini telah membantu mengeluarkan saya daripada situasi buruk Information Overwhelming. Tip 3: Buat Pilihan dan Tindakan Yang paling penting kena membuat pilihan terhadap sesuatu perkara yang telah dibaca. Apa yang dimaksudkan dengan membuat pilihan ialah macam ni. Katakan kita baca banyak kategori lah dari affiliate , adsense, pay per click , pay per post, buat duit dengan blog dan macam-macam lagi kategori yang tak terkira banyaknya. Kita dah baca dan kita dah faham kalau tidak pandai membuat pilihan lagi, rugilah. Orang kata setakat tau cakap je nanti. Untuk membuat pilihan, kita kena buat berdasarkan keadaan diri kita, tujuan kita dan impian kita. Pilihan yang dibuat janganlah disebabkan oleh pengaruh orang lain semata-mata. Saya biasa membuat 3 pilihan sahaja terhadap information berkenaan buat duit yang telah saya baca. Pilihan in