Tu dia tajuk.. banyak betul dalam satu pos. Sebenarnya saya dah lama tak menulis berkenaan isu semasa. Ada 2, 3 perkara yang saya rasa tertarik untuk menulis ringkas sahaja.
Pertama : Kes Tipu Duit
Kes ditipu perempuan licik. Hattan sampai rugi 1.4 Juta . Begitulah, nampak gaya tak habis-habis lagi kes tipu duit ni. Siapakah yang harus disalahkan?
Kedua : Elak jadi teman Sosial Pak Arab
Dekat utusan Malaysia hari ni ada berita menarik berkenaan dengan Elak jadi 'teman sosial' Pak Arab . Dr Mashitah menasihatkan anak-anak gadis kita jangan cepat terpedaya dengan lelaki asing. Sekali fikir betul jugak nasihat ni , yelah dah banyak sangat kes melibatkan wanita malaysia dengan lelaki asing ni. Ada yang kena tangkap sebab dadah, ada yang berebut penjagaan anak , ada yang ditipu hidup-hidup. Adakah wanita Malaysia terlalu rapuh dengan pujuk rayu?
Ketiga : Keputusan PRK Manek Urai
Malam tadi dapat tau keputusan PRK Manek Urai dimana PAS Menang 65 Undi. Saya no komen sebenarnya pasal perkara ini cuma macam biasalah setiap kali lepas pilihanraya akan ada komen-komen streotaip di akhbar-akhbar.
Keempat : H1N1
Jangkitan H1N1 meningkat saban hari . Tapi nampak gaya macam tak ada apa-apa situasi cemas di Malaysia. Tak ramai orang pakai 'topeng muka' (termasuklah saya). Adakah rakyat Malaysia ini 'cool' ?
Sebenarnya terlampau banyak isu yang berlaku disekeliling, nak sebut tak habis. Orait saya nak tunjuk satu komen saya yang saya tinggalkan di blog Mat Cendana pengunjung baru Zul's Blog.
"yerp, I totallay agree with this entry. In my opinions, actually people are tired with the surroundings. The political issues, the economic, the fogs, H1N1,Manohara, Rempit, Perak, tolls etc. makes people tired. I guess this is the reason why most of the bloggers are more likely to avoid these 'heavy' topics including the Manek Urai Election. " - Commented on this post
Haha.. Itu pandangan dangkal saya yang kurang berasas. Apa pula pandangan anda?
Comments
Post a Comment