Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Biar saya tolong Retweet Contest anda :)

Dalam post lepas saya ada bagi offer untuk  twitterfeed 3 blog ke akaun myonlinecontest Saya dah naikkan kepada 10 blog. Orait... ini lagi offer menarik untuk sesiapa sahaja yang ada anjurkan contest :) Caranya mudah sahaja.   1. Follow twitter account  @myonlinecontest 2. Hantar reply atau mention tweet yang cerita pasal contest korang beserta link contest kepada @myonlinecontest. Tweet tu anda kena karang sendirilah ye 3. Kami tolong retweetkan :)  melalui @myonlinecontest Oh.. ini untuk penganjur sahaja tau. Itu sahaja. p.s Lizz, Contest yang "cap ayam" pun saya boleh retweetkan :)

TwitterFeedkan Blog ke Twitter saya?

Okey straight to the point :)  Saya ada satu lagi akaun twitter yang menggunakan nama @ myonlinecontest . Ini kira twitter account yang memang niche khas untuk  contest dan giveaway. Saya menawarkan kepada sesiapa yang nak twitter feedkan blog contest mereka di @ myonlinecontest Niche mestilah contest atau giveaway sahaja :) Tempohnya ialah sebulan Saya cuma buka kepada 3 blog sahaja .  Saya buka kepada 10 blog Sila sertakan URL di bahagian komen dan cerita serba sedikit berkenaan dengan blog contest atau giveaway korang :) Kepada kawan-kawan yang buat contest jangan lupa hantar tweet kepada @myonlinecontest . Saya akan tolong retweetkan.. setakat ni free of charge :) Saya pernah dibayar untuk tweet 2,3 contest di akaun @ zulseffort . Mahal gak tu.. sampai $1.50 pertweet melalui SponsoredTweets . Untuk akaun @ myonlinecontest saya bagi free sahaja :) Update : 1. http://gocontest.blogspot.com/

Okey... Contest Time! Dari RajaKamil.Biz

Orait.. dah lama tak join contest ni. Raja kamil ada buat satu contest review.. saya dah buat sebenarnya draft review tersebut. Tapi tak sempat nak siapkan sepenuhnya. Maklumlah memang sibuk dan kurang sihat. Saya cuma buat benda-benda yang rileks2 sahaja sekarang ni. kalau ada masa lapang saya lagi suka habiskan masa berehat daripada mengadap PC. Sekali-sekala mengadap PC tu boleh lah. Eh .. berbalik pada contest yang RK buat..  Contest review dah dimudahkan menjadi Contest Copy and Paste ..  Orait..  Bro RK ini ayat copy dan paste tersebut! Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi. Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini. Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau. Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update p/s sedang mengikuti perkem

Komenter Bertuah dan Komenter Terbaik

Komenter Bertuah  Huhu lama betul menyepi ni.. orait ini dia Komenter Bertuah untuk Komen Oktober.. Tahniah diucapkan : ) Jadi bro danzaimar dan bro epulmantra masing-masing mendapat RM10  Dan mintang_telip2 mendapat pakej pengiklanan di magpie USD 3 manakala xpo mendapat pakej pengiklanan di magpie bernilai USD 2  Komenter Terbaik?  Sebenarnya pihak sponsor dan penganjur begitu berminat dengan komen-komen dari bro talrasha2007 walau macammanapun bro talrasha2007 menarik diri di saat akhir pertandingan. Hrm..  masih menunggu jawapan dari bro talrasha2007 :). p/s Jika pemenang-pemenang wang tunai menggunakan akaun selain Maybank tentunya akan mengambil masa untuk saya bank in duit :) Saya boleh dihubungi di twitter @zulseffort

Follower atau Duit? Buat Duit Twitter

Okey ni satu isu penting untuk sesiapa yang buat duit dengan twitter Ada gak perasan kalau pegi mana-mana blog mat saleh yang ada cerita pasal buat duit dengan twitter..  mesti ada komen-komen yang lebih kurang macam ni: " I am going to unfollow you... !" " You teach people how to spam twitter.. " " People don't follow you to receive ads" dan macam-macam lagilah... Okey itu padangan diorang .. So apa pandangan korang sumer lak? Sanggup tak korang hilang follower sebab nak buat duit.. Dan sanggup tak korang tolak peluang buat duit kerana nak banyakkan follower.. Ataupun korang rasa persoalan "Follower atau Duit?" ni tidak relevan..

Geng Retweet, berminat?

Dalam satu entry lepas saya ada bercerita pasal 7 cara integrasi blog dan twitter . Salah satu caranya adalah dengan menggunakan retweet button. Jadi kali ni saya nak ngajak korang semua yang berminat untuk kita buat geng retweet. Mengikut satu kajian, link yang di retweet lebih cenderung diklik oleh pengguna twitter. (Sorry lupa lak kat mana terbaca pasal ni) Objektif Tujuan utama adalah untuk kita dapat kongsi blog post terbaru geng retweet kepada kawan-kawan twitter masing-masing secara tak langsung jadilah twitter alat untuk naikkan trafik ke blog. Cara-cara Mudah jer 1. Ada akaun twitter dan juga blog 2. Mesti pasang retweet button kat blog 3. Buat satu blog roll khas untuk geng retweet 4. Retweet post-post terbaru geng retweet Jangan lupa sama-sama kita follow-memfollow antara satu sama lain. Follow twitter saya @zulseffort  , dan jangan lupa follow twitter list @zulseffort/gengrt Teringin gak nak tau pandangan korang pasal idea geng retweet ni. Minat nak join?

Twitter Advertising Untuk Kempen Politik !?

Twitter dan Kempen Politik ? Okey.. malas nak cerita lanjut pasal bola. Kita masuk yang seterusnya..  politik! Hehe bukan politik sangat pun sebenarnya. Tapi lebih kepada twitter kurang politiknya. Ya ya semua orang dah tau pasal obama guna twitter, PM kita pun guna twitter, pemimpim-pemimpin pakatan rakyat pun guna twitter,  khairi jamaludin pun aktif di twitter. Tapi bukan ini yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan disini ialah Twitter Advertising. Yer.. gunakan twitter advertising untuk kempen politik. Memang mat saleh pakai kaedah ini tak percaya? saya sendiri pernah dipilih untuk 2 3 iklan  daripada sponsored tweets berkaitan dengan kempen seorang pemimpin di Amerika di NYC. Saya tengok landing page terus saya tertarik untuk approve ads tersebut. ( p.s Saya tidak approve iklan ke twitter kalau iklannya saya memang tak setuju) Cara yang digunakan mudah sekali iaitu... 1. Buat satu website yang ada portfolio tentang calon pilihan. 2. Iklankan website tersebu

Bukannya Kecewa sebab Kelantan Kalah 1-3

Malam final Piala Malaysia yang lepas, ada menonton bola kat tv jer. Ye lah, Kelantan masuk final mestilah nak tengok. Hrm.. memang sebenarnya agak tidak best dengan permainan pemain kelantan, nampak macam tak melawan dan dari awal permainan di kawal oleh Negeri Sembilan. Sebenarnya bukanlah kecewa sangat kelantan kalah, tapi kecewa dengan segelintir penyokong fanatik kelantan. Pemain Negeri Sembilan nak ambik tendangan sudut pun dibaling botol. Jurukamera RTM pun turut cedera dilempar batu. Kesian kat diorang apalah salah diorang. Dan yang teruknya bila mercun dibaling. Kerusi dibakar. Memang takde adab langsung! Depan Tengku mahkota dan pemimpin-pemimpin lak tu. Semangat kenegerian? Mana ada kalau macam tu... menyusahkan orang sendiri adalah! Kan ke bahaya utk penyokong-penyokong kat depan tu. Isk patutlah adik saya ada pesan, jangan pegi stadium waktu final! p.s xpo ada menulis berkenaan pengalaman beliau di Bukit Jalil

Dr Asri vs JAIS | Kelantan Masuk Final & Wang Ehsan

Dr Asri ditahan JAIS, Kelantan Masuk Final dan Wang Ehsan. Tiga isu ini memang menarik perhatian saya. Hrm.. tapi idaklah sampai saya nak debatkan dalam blog ni. Yelah, sekadar ambil tahu apalah salahnya. Bekas mufti ditahan JAIS Dalam isu Dr Asri saya lebih suka mengambil pendirian berkecuali. Tidak menyatakan sokongan kepada Dr Asri dan tidak menyatakan sokongan kepada JAIS. Tetapi yang pasti bukan tak ambil peduli! JAIS kata tanpa tauliah, tetapi apa yang menyebabkan tauliah tiada tu macammana maksudnya. Dr Asri ditahan ada yang anggap sebagai ujian pendakwah. Ada yang mengdiskusi dari aspek Golongan Muda vs Golongan Tua, Golongan Takzub Mazhab vs Golongan Tajdid. Ada juga dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Ada yang kata Dr Asri betul sebab tu lah kena tangkap. Ada yang kata Dr Asri salah sebab tu JAIS tangkap. Waktu macam ni biasanya saya ikut jer perkembangan macam biasa. Tidak lah dengan sungguh-sungguh mengorek cerita. Yelah.. taknaklah ikut pening kepala dengan perdebatan ya

Pemenang Kategori Komen Terbanyak Komen Oktober

Hari ni dah 4 November 2009 dah rupanya. Isk miss dateline untuk umumkan pemenang Komen Oktober! Sepatutnya 1 November dah boleh umumkan. Okey tanpa berlengah lagi.. Pemenang Kategori Komen terbanyak ialah: Tempat Pertama  : RM60  xpo (556 Komen ) Tempat Kedua : RM 40 SnoOP (258 Komen) Tempat Ketiga: RM 30 Precious -  (117 Komen) Tempat Keempat : RM10 danzaimar - (107 komen) Tempat Kelima : RM10 : denaihati - (36 komen) Hrm nampak gaya bro xpo jauh meninggalkan peserta-peserta lain. Sebenarnya komen-komen lebih banyak daripada yang tertulis kat atas tetapi tidak dikira kerana tak cukup jumlah perkataan. Pengomen Bertuah Manakala untuk kategori komen bertuah peserta-peserta berikut layak untuk cabutan bertuah  iaitu xpo, sno0p, Precious, danzaimar, denaihati, epulmantra, mintang_telip2 dan hazari. Eh ada yang tertinggal tak? Result akan keluar selewat-lewatnya 7 November 2009. Ohh ada juga hadiah tambahan untuk cabutan bertuah dari saya iaitu: 1 Pakej

Kurang Sihat dan Sibuk | Contest Komen Oktober Sudah Berakhir

Alhamdulillah berakhir sudah pertandingan Komen Oktober di Zul's Blog. Hehe.. nampak gaya semua pesrta tertunggu-tunggu untuk mendapat keputusan Contest ni. Saya pun sama jugak tertunggu-tunggu! Namun begitu harap bersabar semua ye. Admin Zul's Blog kurang sihat dan sememangnya busy sekarang ni. Hari Ahad semalam pun terpaksa kerja dalam keadaan selsema dan lenguh-lenguh badan.  Tambah pulak dua tiga benda lagi nak kena setel segera terutamanya perihal refinance rumah. Pening gak nak fikir. Twitter List - satu improvement kepada twitter (yang sebenarnya dah lama saya tunggu) pun tak sempat nak explore. Tip khas kepada yang buat duit twitter Kalau tengah busy macam ni:  Kurangkan auto tweet dari program twitter advertising. Biasanya bagi magpie saya pakai 1 ads untuk setiap 15 real tweets. Tetapi kalau tengah takde masa. Kena schedule lagi lama. Jangan sampai akaun nampak seperti spam account. Kalau nak disable ads lagi bagus. Waktu busy macam ni ads yang sesuai i