Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isu Semasa

Gambar Kemalangan di KB Mall

Semalam dan hari ni saya dapat banyak trafik dari google untuk post yang ni . Saya tak sangka pun akan duduk di page depan google untuk keyword tu dan bukan itu tujuan saya menulis post tersebut. Tetapi saya rasa saya harus berlaku adil kepada para pelawat blog ni yang mencari info berkenaan kemalangan di KB Mall. Jadi nilah gambar-gambar yang saya dapat melalui email: Kereta jatuh menghempas eskalator   Bumbung KB Mall Orang Ramai berkerumun di luar Ada 7 keping semuanya. Tapi saya cuma berjaya download yang ni je. Line internet slow sikit.Ada masa saya tambah lagi. Berita KB Mall juga heboh di twitter : p.s Kepada Blogger Jom join contest Hidup Berani Untuk Gagal

Kemalangan di KB Mall | Aku mengeluh kaki ku sakit

Sungguh menyayat hati menengokkan gambar kemalangan di KB Mall. Tak sangka juga boleh berlaku begitu. Hebohlah di twitter dan hebohlah juga dikalangan blogger berkenaan perkara ini. Begitu juga saya yang dah lama tak terima email dari yahoo group geng-geng sekolah dulu, tiba-tiba dapat email pasal kemalangan ni. Siap dengan gambar-gambarnya sekali. Saya tidak suka mengomen pasal kemalangan, itu semua sudah menjadi ketentuan. Gambar-gambar nya pun kalau korang nak cari korang boleh Google sahaja. Tak ada hati la pulak nak letak gambar-gambar tu kat blog ni. UPDATE: memandangkan ramai yang datang ke blog ni mencari info berkenaan dengan gambar kemalangan di KB Mall , saya dah letakkan gambar-gambar yang saya terima dari email di sini http://zulseffort.blogspot.com/2009/12/gambar-kemalangan-di-kb-mall.html Pada hari Sabtu lepas, selepas joging di depan rumah mentua di Hulu Bernam. Kaki saya  tiba-tiba sakit. Sebelum ni kaki kanan tu memang dah pernah ada minor injury sebab ekside...

Bukannya Kecewa sebab Kelantan Kalah 1-3

Malam final Piala Malaysia yang lepas, ada menonton bola kat tv jer. Ye lah, Kelantan masuk final mestilah nak tengok. Hrm.. memang sebenarnya agak tidak best dengan permainan pemain kelantan, nampak macam tak melawan dan dari awal permainan di kawal oleh Negeri Sembilan. Sebenarnya bukanlah kecewa sangat kelantan kalah, tapi kecewa dengan segelintir penyokong fanatik kelantan. Pemain Negeri Sembilan nak ambik tendangan sudut pun dibaling botol. Jurukamera RTM pun turut cedera dilempar batu. Kesian kat diorang apalah salah diorang. Dan yang teruknya bila mercun dibaling. Kerusi dibakar. Memang takde adab langsung! Depan Tengku mahkota dan pemimpin-pemimpin lak tu. Semangat kenegerian? Mana ada kalau macam tu... menyusahkan orang sendiri adalah! Kan ke bahaya utk penyokong-penyokong kat depan tu. Isk patutlah adik saya ada pesan, jangan pegi stadium waktu final! p.s xpo ada menulis berkenaan pengalaman beliau di Bukit Jalil

Dr Asri vs JAIS | Kelantan Masuk Final & Wang Ehsan

Dr Asri ditahan JAIS, Kelantan Masuk Final dan Wang Ehsan. Tiga isu ini memang menarik perhatian saya. Hrm.. tapi idaklah sampai saya nak debatkan dalam blog ni. Yelah, sekadar ambil tahu apalah salahnya. Bekas mufti ditahan JAIS Dalam isu Dr Asri saya lebih suka mengambil pendirian berkecuali. Tidak menyatakan sokongan kepada Dr Asri dan tidak menyatakan sokongan kepada JAIS. Tetapi yang pasti bukan tak ambil peduli! JAIS kata tanpa tauliah, tetapi apa yang menyebabkan tauliah tiada tu macammana maksudnya. Dr Asri ditahan ada yang anggap sebagai ujian pendakwah. Ada yang mengdiskusi dari aspek Golongan Muda vs Golongan Tua, Golongan Takzub Mazhab vs Golongan Tajdid. Ada juga dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Ada yang kata Dr Asri betul sebab tu lah kena tangkap. Ada yang kata Dr Asri salah sebab tu JAIS tangkap. Waktu macam ni biasanya saya ikut jer perkembangan macam biasa. Tidak lah dengan sungguh-sungguh mengorek cerita. Yelah.. taknaklah ikut pening kepala dengan perdebatan ya...

Asia Ceramic di Serbu BNM

diambil dari http://www.ceramicclub.net Asia Ceramic diserbu Bank Negara Malaysia adalah topik panas minggu ini. Dulu Buluh (buluhMas) sekarang ceramic pula. Manalah tak panas, ramai yang melabur dalam ceramic. Dan kebanyakannya macam biasalah orang Melayu kita. Kalau dah jadi macam ni biasanya akan timbullah perdebatan di Internet. Ada pengikut - pengikut tegar sudah tentu akan mempertahankan Asia Ceramic . Apa tidaknya duit dah banyak dilabur. Sebelum ni memang dah terbukti dapat duit kan? Apa yang menarik disini ialah coraknya sama sahaja. Seperti biasa sebelum sesebuah syarikat diserbu akan ada orang bagitau dalam forum-forum terutamanya di forum brunei di topix.com pasal serbuan yang akan diadakan, akan ada pula yang mempertahankan syarikat tersebut. Promosi syarikat masih menjadi-jadi walaupun dah ada ura-ura nak kena siasat. Dah kena siasat, syarikat dah tak beroperasi pun masih lagi ada orang pertahankan. Ada juga yang menyalahkan bank negara, kalau salah kenapa tak serbu d...

Manek Urai | teman Sosial Pak Arab | Kena Tipu | H1N1

Tu dia tajuk.. banyak betul dalam satu pos. Sebenarnya saya dah lama tak menulis berkenaan isu semasa. Ada 2, 3 perkara yang saya rasa tertarik untuk menulis ringkas sahaja. Pertama : Kes Tipu Duit Kes ditipu perempuan licik. Hattan sampai rugi 1.4 Juta . Begitulah, nampak gaya tak habis-habis lagi kes tipu duit ni. Siapakah yang harus disalahkan? Kedua : Elak jadi teman Sosial Pak Arab Dekat utusan Malaysia hari ni ada berita menarik berkenaan dengan Elak jadi 'teman sosial' Pak Arab . Dr Mashitah menasihatkan anak-anak gadis kita jangan cepat terpedaya dengan lelaki asing. Sekali fikir betul jugak nasihat ni , yelah dah banyak sangat kes melibatkan wanita malaysia dengan lelaki asing ni. Ada yang kena tangkap sebab dadah, ada yang berebut penjagaan anak , ada yang ditipu hidup-hidup. Adakah wanita Malaysia terlalu rapuh dengan pujuk rayu? Ketiga : Keputusan PRK Manek Urai Malam tadi dapat tau keputusan PRK Manek Urai dimana PAS Menang 65 Undi. Saya no komen sebenarnya pasal ...

Hafiz Juara AF7 | Isma Hanya Dapat Trofi

Yeah! Baru saja lepas menonton Konsert Final AF7 di channel Astro Ria. Tahniah kepada Hafiz Juara AF7 . Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000, kereta Honda, percutian ke Eropah kamera digital, trofi dan lain-lain. Tahniah ye Hafiz selaku Juara AF7 . Manakala Aril mendapat tempat kedua .. rezeki atau badi AF Masuk kot tu.. Lagipun persembahan Aril memang agak bertenaga di Konsert Final AF7 ni. Tempat ketiga Akim, Keempat Yazid manakala Isma pulang dengan tempat ke lima membawa pulang sebuah trofi Walau bagaimanapun Konsert Final AF7 agak mengecewakan dan anti-climax terutamanya dari segi pemilihan lagu untuk setiap peserta Final AF7 dan konsep persembahan . Konsert2 sebelum ni lagi best lah! Final AF7 kali ini memang tak berapa Umpph :-( Yang tak bestnya, hadiah Hafiz, juara AF7 bukan main lagi, Isma Hanya dapat trofi saja kerana mendapat tempat ke 5, bagi la sikit2 takkan trofi jer seribu dua pun jadilah.. ini hapah pun takde, tinggal family akhirnya...