Skip to main content

Asia Ceramic di Serbu BNM

diambil dari http://www.ceramicclub.net

Asia Ceramic diserbu Bank Negara Malaysia
adalah topik panas minggu ini. Dulu Buluh (buluhMas) sekarang ceramic pula. Manalah tak panas, ramai yang melabur dalam ceramic. Dan kebanyakannya macam biasalah orang Melayu kita.

Kalau dah jadi macam ni biasanya akan timbullah perdebatan di Internet. Ada pengikut - pengikut tegar sudah tentu akan mempertahankan Asia Ceramic. Apa tidaknya duit dah banyak dilabur. Sebelum ni memang dah terbukti dapat duit kan?

Apa yang menarik disini ialah coraknya sama sahaja. Seperti biasa sebelum sesebuah syarikat diserbu akan ada orang bagitau dalam forum-forum terutamanya di forum brunei di topix.com pasal serbuan yang akan diadakan, akan ada pula yang mempertahankan syarikat tersebut. Promosi syarikat masih menjadi-jadi walaupun dah ada ura-ura nak kena siasat. Dah kena siasat, syarikat dah tak beroperasi pun masih lagi ada orang pertahankan.

Ada juga yang menyalahkan bank negara, kalau salah kenapa tak serbu dari dulu? kenapa sekarang? kenapa orang melayu nak naik jer kena cantas? dan macam - macam lagi. Corak persoalan begini adalah sama setiap kali mana-mana syarikat diserbu.

Saya tidak ingin mengata yang ini salah atau yang itu salah. Tetapi lihatlah sendiri dan buat penilaian. Apa yang saya belajar dari peristiwa-peristiwa begini ialah:

1. Dapat cek bukan penentu kompeni itu tidak layak untuk diragui.
2. Walaupun ramai yang mempertahankan sesebuah kompeni, bukan bermakna kompeni itu tidak layak untuk diragui.
3. Walaupun bank negara tak serbu awal, bukan bererti kompeni tersebut tidak layak diragui.
4. Bergantung kepada kita sendiri untuk buat penyelidikan.

Saya ada bertwitter dengan seorang ahli ceramic, katanya sekarang ni ceramic buat dalam bentuk point, sebab operasi kewangan dah dibekukan, betul ke?. Lagi satu, bulan ogos ni kalau tak silap ceramic ada buat Appreciation Nite. Nampak gaya tak jadilah kot, sebab biasanya penyiasatan BNM mengambil masa 3 bulan.

Saya tidak suka untuk mengatakan siapa yang salah siapa yang betul. Saya cuma mampu berharap semoga hasil siasatan BNM ini memberi manfaat kepada semua orang.

Comments

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi...

King Of Beyblade Malaysia 2023 Date and Prize is Revealed

 Yesterday, the prize for King of Beyblade Malaysia 2023 is revealed by J&J Store.  The tentantive date for the King of Beyblade 2023 is 29th September 2023 untuk 1st October 2023. The place is at KLCC Convention Center. The total cash prize is RM 5000 with rare beyblade and beyblade parts.  The prize is revealed! For all competitive bladers, mark your calendar and let us meet there! 

Blog Update | Increase Blog Traffic | Submission to Blog Directory

The importance of high traffic has been well known for a blog to monetize. One popular way of getting traffic to our blog is by submitting the blog to blog / web directory. (Kepentingan trafik yang tinggi sudah untuk sebuah blog menjana pendapatan memang sudah tidak asing lagi. Salah satu cara yang popular ialah dengan menghantar blog ke direktori. ) For now my blog is submitted to: (setakat ini blog saya telah dihantar ke:) Going to send this blog to more directories. Any suggestion is very much appreciated. (Akan menghantar blog ini ke lebih banyak direktori. Sebarang cadangan amat2 dihargai. ) ^_^ p/s - Hari ni saja2 je buat dua bahasa. The one in the "( ) " is in Bahasa first comment by: denaihati