Saya selalu membaca blog Azizwan dan blog Denaihati. Antara yang menarik dengan dua orang ini ialah cabaran yang mereka berikan terhadap diri sendiri atau pun karier blogging mereka.
Denaihati memberi cabaran kepada dirinya sendiri untuk membina jenama denaihati di Internet. Manakala Azizwan pula memberikan cabaran kepada dirinya sendiri untuk buat duit dari blog. Kelihatan jelas sekali cara mereka menentukan matlamat mereka dalam dunia Internet.
Denaihati ada membuat beberapa contest yang menarik. Yang terbarunya ialah dengan adanya contest pencarian weblog paling popular 1Malaysia dengan hadiah wang tunai bernilai RM5000. Beliau juga ada menyatakan visi untuk menjadikan blog beliau sebagai mata pencarian kepada blogger-blogger. Bukankah itu ke arah penjenamaan blog.
Manakala azizwan pula membuat cabaran khusus untuk dirinya dalam cabaran cari duit dengan blog. Setakat post ini RM125 telah terkumpul daripada blog beliau. Anda boleh lihat sendiri di blog beliau. Hrm mantap bukan. Antara tindakan yang beliau buat ialah dengan menarik trafik dengan cara menaja pertandingan di zon artis sebagai contohnya. Selain itu blog beliau juga ada menyediakan tapak iklan untuk disewa.
Cabaran-cabaran kepada diri sendiri membuatkan kita berfikir, merancang dan bertindak untuk mencapai target yang kita sendiri tetapkan. Namun begitu cabaran sahaja tidak cukup. Mestilah ada cabaran yang jelas dan ditulis. Bukan sekadar bermain difikiran sahaja.
Saya juga ingin mengikut jejak langkah kedua-dua orang kawan blogger saya ini untuk menetapkan matlamat yang jelas dengan mencabar diri saya sendiri untuk buat duit melalui blog dan twitter.
Comments
Post a Comment