Skip to main content

Konsep Buat Duit Dengan Twitter (Revtwt)



Okey kembali lagi dengan Buat Duit tanpa Modal Dengan Twitter. Saya suka sebenarnya nak bercerita pasal ni. Entah kenapa. Rasa teruja nak kongsi. Ohh.. saya taknaklah kongsi pasal pendapatan saya berapa. Malaslah. Cukuplah entry hari tu tunjuk pendapatan saya untuk lima hari.

Okey hari ni saya akan cerita pasal revtwt kerana inilah program pengiklanan yang diclaim sebagai paling hot di twitter.

Bagaimana program ni berfungsi?

Biar saya cerita. Caranya senang sahaja.

Katakan anda ialah seorang twitterer tegar. Anda selalu tweet , dan ramai orang follow anda. maknanya ramai orang tengok tweet anda. Ada satu syarikat ni nak
tumpang tweet guna akaun anda(dengan izin) , untuk satu akaun maximum 4 tweet sehari diorang nak tumpang. Anda boleh pilih tweet tersebut. Kalau follower anda atau sesiapa sahaja klik pada link iklan tersebut, anda akan dapat duit. Cukup 20 dollar anda boleh cashout kedalam akaun paypal anda.

Berminat? So kalau anda nak buat duit juga.

1. Kalau belum daftar twitter, daftar twitter dulu di http://twitter.com


2. Cari follower ramai-ramai (Untuk masuk program ni kena cari follower lebih 50)


3. Daftar Program Iklan Revtwt


4. Start mengiklan dan jana kewangan


Update: Pastikan anda ada akaun paypal. Kalau takde boleh register percuma kat www.paypal.com
wah! senangnya! kan? Ni tip dari saya.

"Banyak sangat Iklan tanpa tweet, anda jadi spammer, akaun boleh kena blacklist ngan twitter"




update: sekarang ni saya sudah tidak aktif sangat di revtwt. Saya sudah berjaya cashout dari sponsoredtweets dan sedang mencuba program-program lain.


Untuk bermain di sponsoredtweet, boleh rujuk tips ini, dan ini post pasal payment sponsoredtweet.


Untuk program buat duit twitter yang lain sila kesini


Comments