Di Malaysia, blogger memang memainkan peranan penting dalam perkembangan politik. Di ketahui umum bahawa, salah satu pemangkin kepada kebangkitan Pakatan Rakyat juga melalui blog dan media Internet. Mahu tidak mahu seseorang politikus sekarang ini memang memerlukan blog untuk menyampaikan aspirasi dan buah fikiran masing2. (Erk.. saya taknak cakap pasal politik sebenarnya.. ini pun saja cakap2 sebab hari ni ada pilihan raya sedang berlangsung.)
Orait! Kalau begini keadaannya, populariti seseorang ahli politik di alam maya ini sudah tentu boleh diukur dengan melihat kepada indikasi-indikasi berikut:
Orait! Kalau begini keadaannya, populariti seseorang ahli politik di alam maya ini sudah tentu boleh diukur dengan melihat kepada indikasi-indikasi berikut:
1. Bilangan pelawat dan page hit
2. Bilangan link ke blog
3. Bilangan komen yang di terima
4. Dimanakah blog tersebut didalam setiap search engine
5. Berapa orang yang subscribe feed ke email
Dan lain2 lagi.
Ada blog sahaja memang tak cukup. Ahli politik perlu ada blog yang hebat dan dibaca oleh ramai orang. Barulah pandangannya mudah sampai kepada para blogger dan pengguna Internet.
Untuk memuaskan rasa ingin tahu saya, saya buat 2 perkara senang sahaja, saya bukan penganalisis nak check detaiil2 sangat macam kriteria kat atas tadi.
1. Check Google Page Rank
2. Check Alexa
Berikut ialah2 blog yang saya rasa rajin nak check, tengok dan fikirkan!
1. Tun Mahathir - www.chedet.com (PR 6)
2. Dato' Seri Najib - www.1malaysia.com.my (PR 0)
3. Dato' Seri Anwar Ibrahim - www.anwaribrahimblog.com (PR 5)

4. Tuan Guru Nik Abdul Aziz - www.blogtokguru.com (PR 0)
5. Lim Guan Eng - www.kmlimguaneng.blogspot.com (PR 2)

Data ini direkodkan pada 7 April 2009.
Seperti yang dilihat diatas, ada yang PR 0 dan tak termasuk dalam top 100,000 dalam Alexa Rank. Yang menarik cuba tengok graf blog PM baru kita, tiba2 je naik.
Ada juga blog yang kalau anda masuk sekali, anda rasa memang taknak masuk lagi disebabkan layout yang tak menarik.
Nampak gaya pasukan2 / division IT kena buat lebih lagi! Para penyokong kuat parti pun kena lah buat link ke blog pemimpin kesayangan mereka masing2!
Ohh lupa lak.. Tun Mahathir kini sudah tukar ke chedet.co.cc PR6 juga, anda nak tahu kedudukan Alexa blog chedet.co.cc? Anda boleh check sendiri di Alexa.
Google pagerank boleh check di http://www.prchecker.info/check_page_rank.php
Apa pandangan anda?
first comment by:
Bagus juga informasi ni..aku baru PR1
ReplyDeletehrm.. dah pagerank 1! dah bagus sebenarnya tu denaihati, letaklah widget pagerank kat blog tu. :D
ReplyDeleteletak la widget pagerank.. senang semak
ReplyDelete