Skip to main content

Posts

Zul's Blog Komuniti Pindah ke Akaun MyBlogLog Baru

Tujuan post ni sebenarnya untuk memindahkan community zul's blog di My Blog Log  daripada akaun yang lama ke akaun yang baru. Tujuan pemindahan adalah untuk pengurusan yang lebih centralized dan teratur. Undergoing MyBlogLog Verification Untuk pindah akaun senang sahaja, pada akaun yang lama kita leave the community. Lepas tu kita boleh claim balik community tu dengan akaun baru. MyBloglog akan minta kita untuk verify dengan cara menghantar satu post yang mengandungi verification link, atau pun tambah meta tag pada HTML code. Saya pilih untuk menghantar post. Itulah sebabnya entry ni wujud. 

IntenseDebate Problem!?

Hrm!? Sejak bulan puasa hari tu lagi sebenarnya IntenseDebate di Blog Zulseffort ni ada problem. Salah satu problem yang selalu berlaku ialah comment tidak kelihatan. COntohnya macam kat atas tu sebenarnya kalau ikutkan ada 4 komen tapi bila baca komen cuma ada 3 sahaja komen. Puncanya tidak diketahui. Pada mulanya saya suspect masalah ni sementara sahaja, tapi nampak gayanya dah lebih kurang sebulan masalah ni tetap tak selesai. Selepas post ini dihantar saya akan reinstall balik IntenseDebate. Jadi sebelum saya nak Install balik ni saya nak mintak maaf terlebih dahulu, kerana besar kemungkinan komen-komen daripada kawan-kawan semua terutamanya pengomen tetap blog ni bro denaihati , Rizal RnR, Azizwan , dan mantra . Saya memang tidak pasti apa risikonya. Tetapi saya tetap akan reinstall Intense Debate.

Kembali Online Selepas Raya

Zulseffort kembali online selepas raya, tetapi memandangkan banyak rumah terbuka yang nak kena hadiri. Zuls cuma menulis pendek jer kali ni. Zuls ada 'hutang' berikut untuk diselesaikan: 1. Menyetelkan Hadiah Komen dan Menang (utk link di myonlinecontest dah ditunaikan) 2. Post berkenaan kemenangan di pertandingan review anjuran wanmus 3. Satu lagi contest (dah ada sponsor daripada http://srisuri.com) Sementara tu nak beraya dulu. "Selamat Hari Raya Semua"

Entry Sebelum Raya

Hrm.. cepat betul masa berlalu. Ramadhan dah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Raya pun makin dekat. Setiap tahun pun macam tu kan, cepat jer puasa.. tup - tup dah nak raya. Balik Raya Raya tahun ni kami akan balik ke Kelantan. Plannya nak bertolak pagi jumaat ni. Kami mungkin akan lalu jalan Tg Malim - Simpang Pulai - Cameron Highland- Gua Musang - Kuala Krai - Tanah Merah. Perjalanan kalau tak traffic jam biasanya dalam 7 jam dah sampai. Kalau traffic jam? hehe faham-faham jerlah. Harap-harap sempat buka puasa di kampung. Lama tak jumpa mak ayah adik beradik, saudara mara, dan sahabat handai sekampung. Raya ni ayah nak sembelih kambing, pakat-pakat adik beradik kongsi sedikit sebanyak beli kambing seekor. Zakat Hrm cakap pasal raya puasa mesti tak sah kalau tak dak sebut pasal zakat. Hehe. Korang dah bayar zakat fitrah belum? Zakat fitrah tahun ni RM7 sekepala kalau dikawasan Selangor. Kalau tak bayar zakat lagi cepat-cepatlah bayar. Takut nanti kalu-kalut terlupa lak nak bayar. Sek...