Selamat datang ke Zul's Blog dengan layout yang baru. Jangan terkejut pulak!! Hahaha.. semua ni gara-gara usaha mentroubleshoot IntenseDebate yang problematic. EH macammana pulak tu? mari ikuti kisah saya ini..
Untuk trouble shoot yang ni macam biasalah mula-mula buat reinstallation, bukan sekali buat, berkali-kali lak tu.. try dalam firefox tak jadi, try la pulak dalam IE.. pun tak jadi-jadi jugak.Cubaan seterusnya tentulah uninstall lepas tu install balik.. sama jugak! Huh persistent betul!
Dalam post yang lepas ada kawan-kawan cadangkan 2 alternatif, ShamHardy cadangkan Disqus, Rizal lak cadangkan guna JS-KIT.Guna platform commenting baru, bermakna kena lah delete yang lama. Risikonya , kemungkinan besarle habis semua komen-komen yang dalam IntenseDebate tu hilang begitu saja. Tapi boleh cuba export comment. Buat keputusan nak install Disqus sebab Disqus ni nampak lebih kemas.
Langkah seterusnya backup/export komen dari IntenseDebate (Nak Install barulah katakan). Caranya mudah jer, export komen ke XML, lepas tu savelah file XML tadi kat Desktop. Dalam senang tak senang pun ada masalah gak.. klau guna firefox tu ada error rupanya, kena pakai lah IE.
Selepas berjaya buat ni tentulah barulah uninstall. Cara Uninstall nya pun mudah jer sebenarnya. Cuma download template yang sedang diguna, upload jer ke IntenseDebate mengikut arahan. Sistem IntenseDebate yang bijak tu akan ubah coding balik. Nampak senang bukan? Huhu rupa-rupanya nampak jer senang tapi ada lagi error! Bila dah dapat coding template baru, dah copy paste ke dalam blogger, alih-alih tak boleh la pulak nak save template " parsing error" pada bahagian yang ada b:widget.
Kalau korang nak tau (macam la aku tau sangat) , b:widget ni tag untuk widget-widget yang kita letak kat sidebar tu sebagai contohnya. Apa lagi, semua widget di delete kecuali visitor counter. Cuba uninstall lagi , sama gak.. ish kalau tengok coding patut takde error dah.. buntu!! Nasib baik ada twitter, hilang sikit tension. Agaknya ada coding tak betul dalam template tu kot.. ye lah dah berubah banyak kali.
Cuba la pulak tukar template lain yang dah ada tersedia , harap-harapnya bila tukar template, coding semuanya akan jadi betul balikk.. Opss pilihan yang salah.. berkali-kali cuba tapi tak dapat.Erk Template baru dapatlah!!Cuba punya cuba last-last tergerak hati nak click "Revert widget templates to default". Rupa-rupanya bila tekan sini, semuanya coding akan jadi betul balik, tanpa ubah content. T_T. Huhu.. kalaulah klik lebih awal (erk.. tak elok mengeluh...)
Selepas itu semuanya berjalan lancar. Sekarang ni komen blog ni powered by DISQUS. Bye-Bye IntenseDebate. Cuma ada sedikit lagi maslaah mungkin berlaku, komen-komen sebelum ni semunya mungkin akan lesap begitu saja kalau usaha export komen ke DISQUS tak berjaya. Dah usaha sedaya upaya dah ni, kalau hilang tu mintak maaf la banyak-banyak.
p/s Lepas habis install DISQUS , Rizal hantar tweet bagitau yang JSKIT support ComLuv. Haha.. apa nak buek.. kenalah pakai DISQUS, dah penat-penat install. Harap harap lepas ni DISQUS cepat-cepatlah ada ComLuv http://comluv.com/news/commentluv-for-disqus-id-js-kit
p/s/s rasa berkenan la pulak pada layout simple nii...
Comments
Post a Comment