Tentu sesiapa yang ada berhijrah dari blogspot kepada wordpress dot com tentu sedikit sebanyak terfikir pasal benda ni kan?
Ceritanya macamni, saya ada satu blog baru namanya ZulsEffort.Com , blog wordpress dot com yang baru saya buka selepas 3 bulan dari tarikh target. Asalnya nak tulis blog tu dalam English, tapi.. rasa macam belum sampai masa lagi kot. jadi nak tulis dalam BM.
Sebelum terfikir gak nak transfer semua post daripada blog ni ke blog wordpress, Jadi samalah nichenya.. Tapi bila difikir-fikir balik memang sayang oo kat blog ni. Takkan nak abaikan lak..
Bayangkanlah layout ni pun godek-godek code dari basic template sehinngalah jadi macam ni. Dari takde commenting system sehinggalah pakai DISQUS, dari blog yang takde pagerank, sekarang ni PR2, duduk first page pulak untuk keyword buat duit dengan twitter.
Memang rasa rugi nak abaikan blog ni...
Jadi post ni saya buat untuk mendapat pandangan dan nasihat dari rakan-rakan semua, apa yang patut saya buat dengan blog lama kalau saya ada blog baru.
Saya baru lepas buat survey di twitter,
@icednyiorr mencadangkan saya transfer jer post ke wordpress
@yashygsempoii dan @judinbo (xpo) pula cadangkan saya kekalkan blog ni........
@judinbo cadangkan yang blog ni fokus dekat niche twitter, dan blog zulseffort.com fokus pada niche yang lain.
Saya nampak ini satu alternatif yang bagus.. Mungkin zulseffort.com boleh dibuat sebagai blog peribadi..
Namun begitu saya masih lagi belum mendapat keputusan yang betul-betul pasti.. sekarang ni saya minta pendapat kawan-kawan yang lain berkongsi idea dan pengalaman..
Sekian terima kasih.. saya ucapkan :D
p/s terima kasih juga @cetusansuara dan @life4hire sebab turut sama tadi :)
Comments
Post a Comment