Skip to main content

Hidup Berani Untuk Gagal - Makcik Kantin?




Hidup Berani Untuk Gagal dan Pengusaha Kantin. 

Saya ada minta topik kat twitter untuk blog ni, dan terima kasih kepada @sayapunyer dan juga @ssfatimah yang cadangkan topik :). @saya punyer cadang saya tulis pasal Makcik Kantin :) Macam best jer kan. Idea out of the box lah. Orait..  Menarik gak topik ni sebab kena dengan tema contest Hidup Berani Untuk Gagal anjuran denaihati.

Mula-mula saya nak bagitau yang saya respek dengan pengusaha-pengusaha kantin ni. Tak kesahlah makcik ke pakcik. Nak tau kenapa? Cuba korang rapat-rapat dengan pengusaha Kantin ni. Nampak jer macam takde apa-apa, tapi hidup dan ciri keusahawan yang diorang ada memang mengkagumkan. Saya banyak belajar dari golongan usahawan kantin, kedai makan dan  penjaja tepi jalan.

Ini kisah pendek kawan saya seorang tauke kedai makan (masakan panas/ tomyam), juga pengusaha kantin. Saya pernah bertanya beliau perihal kata-kata buruk kawan-kawan kami, yang mengatakan "dia ni tak kerja tapi bini dia cari makan untuk dia". Persoalan ringkas tersebut membawa kepada cerita ini:


Matdi (Bukan nama sebenar) ,  merantau dari negeri Kelantan sekampung dengan saya dan berkahwin dengan orang Selangor. Asalnya seorang pekerja kilang.

Semua ini gara-gara beliau ada prinsip Hidup Berani Untuk Gagal.

Beliau dan isteri asalnya bekerja di kilang. Pada suatu masa, ekonomi agak merudum, kilang banyak problem. Mereka berbincang dan bersepakat untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Satu tindakan berani gagal! :) . Kawan-kawan banyak pertikaikan keputusan mereka . Ada yang kata kalau kerja kat kilang lama sikit lagi untung-untung naik pangkat jadi supervisor. Tapi matdi dan isteri buat dek aje.

Memandangkan isteri Matdi ada sedikit sebanyak kebolehan memasak. Mereka berdua nekad untuk memulakan hidup baru dengan berniaga nasi lemak yang pendapatannya belum tentu. Pada mula-mula meniaga memang agak teruk. Takde sale dan memang sibuk gila. Siangnya mereka beli "barang-barang basah" dan meniaga, malamnya mereka berdua memasak. Salah satu tugas Matdi ialah kopek kulit kerang. Sampai sakit-sakit kuku dan jari. Manakala isterinya jaga gerai. Apa kata kawan-kawan beliau "Matdi makan hasil bini".

Tak beberapa lama meniaga, Matdi mula kenal usahawan-usahawan dalam bidang sama. Dengan skill networking yang bagus Matdi dapat lah peluang untuk beberapa tender kantin. Seorang pekerja kilang yang kemudian meniaga nasik lemak, tiba-tiba nak ambik tender kantin. Kalau orang yang takut gagal, tentu akan chicken out lah. Tapi beliau HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Lepas dua tiga empat kali try , akhirnya dapat kontrak kantin disebuah kilang. Pada mulanya mereka sama-sama jaga kantin. Kemudian bisnes makin maju, mereka gaji pekerja untuk bekerja disana. Urusan cari pekerja, Gaji pekerja, kebajikan pekerja, semua bawah seliaan Matdi. Isterinya jadi supervisor aka Makcik Kantin di kantin tersebut. Apa kata kawan-kawan? "Matdi Makan hasil bini"

Matdi suka memancing sejak dari kecik lagi. Kadang-kadang Matdi pegi mancing, dan Ikan - ikan yang dipancing di buat lauk untuk dijual. Ada masa beliau juga mula cari bisnes-bisnes , cuba-cuba ternak ikan kecil-kecilan. Matdi bagitau inilah kelebihan bisnes sendiri, bila dah maju kita boleh gaji orang , dan kita boleh buat benda yang kita suka.Tinggal nak supervise sahaja. Benda yang kita suka tu pun pastikan menyumbang kepada  bisnes. Kawan-kawan Matdi mengata, "Dia ada masa lah pegi mancing, ternak ikan, bini yang buat keje untuk dia , Matdi makan hasil bini".

Inilah cerita Matdi sewaktu mula-mula meningkat naik. Waktu tu jugak, beliau dah start cari peluang kedai makan dan bisnes lain. Maklumlah kantin ni ikut kontrak. Cerita ni cerita dua tahun lepas, waktu saya temankan dia pegi memancing.

Apa cerita lah matdi selepas tu?

Akhir tahun lepas, Matdi dah ada banglo ikut design sendiri. Hasil duit kantin. Kereta mewah? Takde, sebab dia kata tak perlu.

Awal tahun ni? beliau dah ada  kedai makan sendiri. Masakan panas tomyam dan goreng-goreng. Pekerja-pekerja, beliau masih uruskan. Malam-malam beliau "lepak" di kedai makan beliau. Isteri beliau kalau bosan-bosan kadang-kadang buat nasik lemak jual kat depan kedai tu.  Dia pun kalau dah bosan-bosan buat gak bisnes-bisnes lain macam jual onedrop perfume. Kawan-kawan yang mengata? Ada yang bekerja makan gaji dengan beliau, ada lagi yang masih kerja kilang sama tak jadi supervisor pun. Pasal kata-mengata, masih lagi kedengaran.


Nasihat Matdi kepada Saya :

"kalu nak menego ni nak kena cede banyak kulit muko, kalu malu kena kutuk ko ore , koyak kulit muko tu , paka kulit muko baghu"

Semoga kisah ini dapat merangsang BERANI HIDUP UNTUK GAGAL kita. 

Comments

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi...

Lelaki Kacak SEO Contest is Challenging

Lelaki Kacak SEO contest Challenging Lelaki Kacak SEO Contest is very challenging. The challenge is not because the keyword is competitive since Lelaki Kacak is not a popular keyword. The contest is challenging because there are 83 blogger especially some experienced SEO player joining this contest. A glass of  tea tarik and roti bakar . My post rank for Lelaki Kacak Keyword Now according to google Malaysia. for the keyword lelaki kacak. The blog post from this blog:  Lelaki Kacak Contest   is at page 3. While blog post :  Lelaki Kacak Sebenar - benar Kacak  is at page 5. Targeting to be in top 5 is quite tough looking at the situation. However, right now only targeting for better ranking. The due date is approaching. Just changing this blog layout, so that loading speed will be reduced. It will somehow helps in better ranking in google SERP.

Blogging Tip: 5 Cara 'Friendly' Trafik ke blog.

5 cara friendly untuk tarik trafik ke blog baru anda. Entry ini sesuai untuk yang sangat2 baru dalam bidang blogging ini dan juga orang yang dah lama buat blog tapi sorang pun tak lawat blog dia. Asyik2 dia jer baca entry blog sendiri. Kalau anda macam tu juga, udah2lah.. carilah kawan untuk blog anda. Anda tentu pernah lihat banyak banyak artikel lain yang cerita pasal cari trafik banyak2 dengan mudah, tapi artikel kali ini fokus kepada friendly trafik , kerana kalau pelawat anda friendly, dan anda pun friendly tentu diorang suka hantar komen ke blog anda kan? Berikut ialah teknik2 nya , saya pun selalu jugak buat ni. 1) Promote blog melalui Messenger seperti Yahoo Messenger, GTalk dan Live Messenger Saya percaya anda ada YM atau salah satu dari messenger di atas. Caranya ialah dengan beritahu kawan2 messenger yang anda dah bukak blog . Apa2 pun mesti bagitahu kawan Messenger dulu, sekurang2nya mereka kawan kita, eloklah berkongsi blog dengan kawan2. Namun begitu harus diingat, ...