Pagi tadi waktu drive layan radio Hot FM , topiknya cukup menarik perhatian saya.
"Angan-Angan Jadi Kenyataan"
Macam-macam call ada tadi.. di sini saya petik dua angan-angan yang jadi kenyataan yang menarik perhatian saya tadi..
1. Seorang perempuan dari Bangi pernah berangan-angan nak jadi drebar bas, akhirnya dia couple dengan drebar bas dan berkahwin dengan drebar bas. Sekarang ni dia bawak bas. yang seronoknya kata beliau.. orang kagum bila tengok beliau drive bus tu.
2. Seorang cikgu sewaktu menjadi murid-murid dulu , bila tengok cikgu mengajar kat depan, dia pun turut berangan-angan , bestnya kalau jadi cikgu.. dapat menulis kat whiteboard, semua murid murid akan dengar cakap dia.. sekarng ni beliau betul-betul jadi cikgu..setiap hari boleh ngadap whiteboard
Yang best sekali pagi tadi. masing-masing yang menelefon, bercerita dengan gembira kerana angan-angan mereka menjadi kenyataan.
Sambil-sambil mendengar diorang punya perkongsian, termenunglah saya seketika.
Rupa-rupanya saya dah lama tak berangan-angan, hidup dalam dunia logik, penuh dengan planning nak buat itu nak buat ini, sehingga terlupa utk berangan-angan.
Oh.. tapi bila dingatkan balik hari tu pernah terdetik juga dalam hati.. " best betul kalau dapat buat duit dengan twitter". Walaupun angan-angan tu tak kuat, nampak gaya ada juga hasil dari buat duit dengan twitter.
Bila direnungkan lagi .. angan -angan, keinginan dan cita-cita datang serentak. Dengan adanya angan-angan menyebabkan keinginan bertambah. Keinginan bertambah menambahkan tindakan dan motivasi pada masa yang sama menambahkan pengharapan pada Yang Maha Esa.
Sekarang ini saya harus berangan-angan kembali!
Comments
Post a Comment