Skip to main content

BUKU 555

Hari ni santai sikit saya nak bercerita berkenaan buku 555. Siapa kat sini guna buku 555? Angkat tangan!! Ni saya sertakan gambar buku 555 untuk tatapan anda semua.






Okey. Bercakap berkenaan buku 555. Saya mula diperkenalkan dengan buku 555 ni waktu saya kecik2 dulu... Ayah saya seorang peruncit, jadi banyaklah pelanggan menggunakan buku 555 ni. Ayah tak guna buku 555 tetapi Ayah menggunakan buku yang besar dan panjang berkulit keras.. sama macam logbook (ke memang namaya logbook).. didalam setiap page buku tersebut Ayah tulis nama setiap penghutang dan rekod hutang dan pembayaran. Cara yang ayah guna simple tetapi berkesan. Apa yang ada dalam buku 555 pelanggan ayah pastikan sama rekodnya dengan apa yang ada dalam buku hutang kepunyaan Ayah.


Selepas dah bersekolah menengah, dah sambung duduk asrama, jarang lah saya peduli pasal buku 555 ni. Pernah satu ketika ada gak kononnya nak betulkan cara ayah , kenapa tak buat akaun pakai buku lejar macam yang saya belajar dalam prinsip akaun? Ayah gelak dan bagitau cara dia lagi senang.. .Baru belajar prinsip akaun dah berlagak pandai, Ayah dah uruskan duit dengan jayanya.


Sehinggalah masuk U, supervisor saya seorang yang suka buat engineering design dan programming, menggalakkan lagi penggunaan buku 555 ni. Katanya idea datang bila2 masa tak kira dimana, pastikan ada buku catitan , datang jer idea terus tulis. Dan saya selalu tengok beliau bawak buku catitan beliau, bukan BUKU 555 tapi lebih kurang lah tu.. saya pun adalah amalkan
juga waktu tu.

waktu tu saya juga gunakan buku catitan (bukan BUKU 555 tapi lebih kuranglah tuu). Buku 555 rasa macam tak standard lah pulak. Tujuan untuk merekod perbelanjaan harian. Maklumlah dah besar panjang takkan nak harapkan duit mak ayah lagi kan? Memang berkesan teknik ni. Duit walaupun tak berapa banyak waktu tu.. boleh survive.


Tetapi bila masuk kerja, duit dah mewah, idea pun selalu datang aje. Buku 555 saya lupakan. Kononya tak standardlah pakai buku 555, cadangnya nak beli PDA, boleh rekod dalam PDA , semua orang pakai gadget canggih. Tapi PDA sampai sekarang saya tak beli, buku 555 pun tak digunakan. Sehinggalah buku 555 dilupakan begitu sahaja. Ohh ruginya...


Dalam tahun ini hidup saya makin lama rasa makin sibuk, makin banyak kerja dan tanggungjawab semakin bertambah. Dateline pun makin bertambah. Ekonomi pun semakin menekan. Tanpa penggunaan catitan, saya merasakan perbelanjaan makin tak terkawal, nak gi tengok wayang, pegi sahaja.. nak makan best beli aje.. nak beli gadget harga ratus2? takyah risau, hulur aje. Keinginan untuk berjimat cermat makin lama makin luntur.


Tapi hari tu saya ada baca buku pengurusan kewangan, penulis pun cadangkan penggunaan BUKU 555 untuk merekodkan perbelanjaan harian. Penulis yang menggunakan teknik pengurusan kewangan yang hebat pun pakai BUKU 555. Hahaha.. jangan pandang sepi tau buku 555 ni.


Jutawan Internet Irfan khairi juga ada mencadangkan penggunaan buku catitan, untuk mencatitkan idea2 untuk menulis blog. Ohh.. untuk pengetahuan kawan2 para pelwat yang saya hormati, saya ada subscribe ke mailing list beliau dan ke banyak lagi usahawan Internet tempatan, bukan apa, banyak yang dapat belajar dari mereka ni. Hehe. sebab tulah saya boleh bagi tip overwhelming information tu.. sebab memang saya subscribe dengan ramai orang, dan memang banyak info yang saya dapat.


Okey berbalik pada penggunaan catitan. Saya hari ni akan mulakan balik apa yang dah lama saya tinggalkan. Buku catitan yang saya akan gunakan ini akan digunakan untuk mencatit:



1) Belanja harian + hutang?
2) Dateline2 tertentu yang saya setkan sendiri atau orang lain setkan
3) Idea2 yang bernas dan tak bernas untuk saya menulis
4) Idea2 untuk buat programming
5) Dan lain2 lagi


Kali ini saya harap saya boleh istiqomah dalam membuat catitan...


DAN KALI NI SAYA NAK PAKAI BUKU 555!


Buku 555 versi baru? (diambil dari http://adib.typepad.com/blog/2006/02/buku_555.html)



Comments

  1. aku slalu simpan satu buku nota dalam beg. ke mana saje aku galas beg, buku tu follow same. sbb mmg btol, idea dtg bile2 je. terutamanya, idea utk penulisan blog. hehe.

    ReplyDelete
  2. @atreyu strange: Selamat datang ke blog ni.. bagsuny akalau memang dah selalu amalkan..

    ReplyDelete
  3. nak bagus lagi buku 555 ni letak sebelah kita bila tidur...kadang2 idea datang masa tidur...jika terbangun terus je tulis sebab besok confirm tak ingat...

    ReplyDelete
  4. @denaihati: thanks for the tip.. setuju2 meamng kadang2 bangun tidur jer dapat idea.. pastu dah tak ingat dah..

    ReplyDelete
  5. buku ini juga dikenali sbg buku tiga 5

    ReplyDelete
  6. @fareez: betul tu.. hahaha.. nostalgic.. macam best jer guna dulu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi...

Lelaki Kacak SEO Contest is Challenging

Lelaki Kacak SEO contest Challenging Lelaki Kacak SEO Contest is very challenging. The challenge is not because the keyword is competitive since Lelaki Kacak is not a popular keyword. The contest is challenging because there are 83 blogger especially some experienced SEO player joining this contest. A glass of  tea tarik and roti bakar . My post rank for Lelaki Kacak Keyword Now according to google Malaysia. for the keyword lelaki kacak. The blog post from this blog:  Lelaki Kacak Contest   is at page 3. While blog post :  Lelaki Kacak Sebenar - benar Kacak  is at page 5. Targeting to be in top 5 is quite tough looking at the situation. However, right now only targeting for better ranking. The due date is approaching. Just changing this blog layout, so that loading speed will be reduced. It will somehow helps in better ranking in google SERP.

Blogging Tip: 5 Cara 'Friendly' Trafik ke blog.

5 cara friendly untuk tarik trafik ke blog baru anda. Entry ini sesuai untuk yang sangat2 baru dalam bidang blogging ini dan juga orang yang dah lama buat blog tapi sorang pun tak lawat blog dia. Asyik2 dia jer baca entry blog sendiri. Kalau anda macam tu juga, udah2lah.. carilah kawan untuk blog anda. Anda tentu pernah lihat banyak banyak artikel lain yang cerita pasal cari trafik banyak2 dengan mudah, tapi artikel kali ini fokus kepada friendly trafik , kerana kalau pelawat anda friendly, dan anda pun friendly tentu diorang suka hantar komen ke blog anda kan? Berikut ialah teknik2 nya , saya pun selalu jugak buat ni. 1) Promote blog melalui Messenger seperti Yahoo Messenger, GTalk dan Live Messenger Saya percaya anda ada YM atau salah satu dari messenger di atas. Caranya ialah dengan beritahu kawan2 messenger yang anda dah bukak blog . Apa2 pun mesti bagitahu kawan Messenger dulu, sekurang2nya mereka kawan kita, eloklah berkongsi blog dengan kawan2. Namun begitu harus diingat, ...