Skip to main content

Blogging Tip: 5 Cara 'Friendly' Trafik ke blog.

5 cara friendly untuk tarik trafik ke blog baru anda. Entry ini sesuai untuk yang sangat2 baru dalam bidang blogging ini dan juga orang yang dah lama buat blog tapi sorang pun tak lawat blog dia. Asyik2 dia jer baca entry blog sendiri. Kalau anda macam tu juga, udah2lah.. carilah kawan untuk blog anda. Anda tentu pernah lihat banyak banyak artikel lain yang cerita pasal cari trafik banyak2 dengan mudah, tapi artikel kali ini fokus kepada friendly trafik, kerana kalau pelawat anda friendly, dan anda pun friendly tentu diorang suka hantar komen ke blog anda kan?


Berikut ialah teknik2 nya , saya pun selalu jugak buat ni.

1) Promote blog melalui Messenger seperti Yahoo Messenger, GTalk dan Live Messenger

Saya percaya anda ada YM atau salah satu dari messenger di atas. Caranya ialah dengan beritahu kawan2 messenger yang anda dah bukak blog. Apa2 pun mesti bagitahu kawan Messenger dulu, sekurang2nya mereka kawan kita, eloklah berkongsi blog dengan kawan2. Namun begitu harus diingat, elakkan spamming. Janganlah tiba2 hantar mesej ada URL sahaja, orang tak suka.

Saya pernah buat eksperimen sebelum ni . Kawan2 YM tak suka. Diorang tak reply pun. Sedih. Tapi salah sendirilah kan.

Salah satu cara lagi yang popular ialah dengan meletakkan alamat blog anda di status YM. Nak lagi best buatlah ayat2 sesuai seperti "Wah best rasanya ada blog baru ni" diikuti oleh alamat blog anda. So kawan2 YM anda akan nampak perkataan "Wah best rasanya ada blog baru" dan bila klik ke perkataan tersebut , automatik akan pergi ke blog anda.

Jangan lupa buat link exhange dengan kawan2 messenger anda.

2) Cari geng2 blogger yang sebulu dengan anda dan follow mereka

Jangan biarkan blog anda kesunyian, carilah teman untuknya. Caranya mudah sahaja, anda cari kawan blogger yang sama sebulu dengan anda tak kira kawan2 anda ataupun bakal2 kawan anda, yang penting sebulu. Kenapa yang sebulu? orang kata kawan sebulu lagi senang ngam kan?

Kalau blog anda cerita pasal masakan, carilah blog yang cerita pasal masakan. Janganlah pulak cari blog berkaitan teknologi nuklear. Jangan lupa follow mereka. Harap2 mereka pun akan follow anda balik.

"Bird with the same feathers flock together"

3) Cari blog2 sunyi macam blog anda dan follow

Blog 2 yang sunyi biasanya takde kawan, apa kata anda follow blog tersebut , tentu dia appreciate, dan follow anda balik (kalau dah banyak sangat follower kadang tak sempat tengok pun siapa yang follow). Mana tau dia friendly dengan anda.

4) Tinggalkan komen anda

Okey berkait rapat dengan no 2 dan 3, hantarlah komen ke blog kawan2 atau kawan2 sebulu anda. Tinggalkan url anda pada ruangan url jika ada. Syaratnya jangan spam , elakkan juga terlampau hantar komen promote ke blog anda, makin lama pelawat2 blog yang lain akan bosan termasuklah tuan blog.

Mengambil satu contoh, saya personally pernah terima 2 comment yang berbunyi "Buat Duit" dan disertai dengan link ke blog buat duit mereka, huh.. terus saya reject. Bagi saya ini spam.

Komen terawal biasanya lebih banyak orang nampak. Lagi elok komen terhadap entry yang terbaru. Dan jadi juga komentator pertama.

Berkenaan dengan spam, kadang2 saya ni baik hati , komen2 yang tak berkait dengan pos pun saya luluskan. Ada juga yang saya reject. Tapi orang lain belum tentu. Jadi komenlah betul2.

5) Buat link exhange

Ini penting, kalau anda dah cari kawan blogger yang friendly jangan lupa link exchange. Jadi orang lain yang visit blog kawan blogger anda tentu akan visit blog anda. Bertambahlah satu lagi peluang untuk dapat friendly geng blogger. Makin bertambahlah komen ke blog anda.

Hrm itulah cara2 mudah untuk dapatkan friendly trafik. Ada banyak cara lain lagi. Tapi dengan cara semudah inipun anda boleh mengubati kesunyian blog anda.

---endofpost---



Comments

  1. Join twitter dan cari seramai follower yang boleh boleh guna http://twitterfollower.com untuk dapat follower yang ramai dan join magpie dan setkan iklan yang mengarah ke blog kita untuk setiap 3/8/12/24 jam...insyallah dari ramai2 tu mesti ada yg visit blog kita.

    ReplyDelete
  2. Zul memang banyak beratus program buat duit dan yang saya pilih tu 70% yang top blogger dunia join. clixsense tu buat duit click website so tak perlu nak cari2 orang ada kerja ada gaji..heee. Kebanyakan blogger top ni buat duit dari reference je sebab diaorang dah ramai pengikut....saya target 1 tahun lagi mesti income USD2-4ribu sebulan...insyallah.

    ReplyDelete
  3. Zul,
    Salam ziarah dari Pak Man,ini adalah kali pertama Pak man masuk blog Zul. InsyaAllah, akan selalu ke sini.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. @denaihati, terima kasih banyak2 yer... wah satu lagi.. twitter tool.. bagus2 akan join segera. Kalau dah ramai follower tentu banyak yang kita boleh buat..

    ReplyDelete
  5. @manlaksam waalaikummussalan Pak Man, terima kasih sudi singgah, saay baru lepas jenguk blog pakMan, meme come menarik sungguh blog Pakman, suka make laksam ke?

    ReplyDelete
  6. blog baru jumpa

    selamat berkenalan, satu artikel yang berguna untuk para newbie

    ReplyDelete
  7. satu artikel yang berguna untuk para newbie

    tq

    ReplyDelete
  8. @BAGAK, selamat datang bro.. huhu.. blogger hebat macam bro datang blog ni.. terima kasih bro..

    ReplyDelete
  9. Hi. terima kasih kerana bagi info utk tarik trafik ke blog. datanglah ke blog saya.
    www.sensibledewpoint.blogspot.com

    regard- reza

    ReplyDelete
  10. sama2 en reza, blog en reza memang mantap.. sesiapa yang amik mekanikal engineering bolehlah kesana.

    ReplyDelete
  11. entri ni sgt berguna..
    me follow u ya..

    ReplyDelete
  12. i'm glad to hear that..
    Thanks for following. I'll follow you back.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi...

Lelaki Kacak SEO Contest is Challenging

Lelaki Kacak SEO contest Challenging Lelaki Kacak SEO Contest is very challenging. The challenge is not because the keyword is competitive since Lelaki Kacak is not a popular keyword. The contest is challenging because there are 83 blogger especially some experienced SEO player joining this contest. A glass of  tea tarik and roti bakar . My post rank for Lelaki Kacak Keyword Now according to google Malaysia. for the keyword lelaki kacak. The blog post from this blog:  Lelaki Kacak Contest   is at page 3. While blog post :  Lelaki Kacak Sebenar - benar Kacak  is at page 5. Targeting to be in top 5 is quite tough looking at the situation. However, right now only targeting for better ranking. The due date is approaching. Just changing this blog layout, so that loading speed will be reduced. It will somehow helps in better ranking in google SERP.