Skip to main content

3 Tip Menangani Information Overwhelming #Tip 1

Intro
Sememangnya banyak sangat peluang cari duit di Internet dari yang high risk hinggalah yang low risk, dari yang dapat kecil2 an hinggalah besar2 an. Disebabkan banyaknya peluang, seseorang yang baru hendak berjinak2 dengan cari duit online tak kira free atau bermodal besar akan menghadapi 2 masalah yang utama iaitu, tiada informasi, dan terlampau banyak informasi.


Kalau tiada informasi berkenaan sesuatu bisnes, senang sahaja, cuma cari banyak2 ebook atau laman web, tapi yang menjadi masalahnya ialah jika terlampau banyak informasi. Ataupun boleh dikatakan sebagai 'Information Overwhelming '.

Information Overwhelming

Information Overwhelming adalah satu perkara yang serius jika tidak ditangani dengan bijak. Dalam sesetengah keadaan, Information Overwhelming akan menjadikan kita ibarat seorang pelajar yang study last minute dan esoknya ada 3 exam, lusanya ada 3 exam lagi, dan tulatnya ada 3 exam lagi! dan semuanya belum habis study. Tidak tahu mana hendak dibaca dahulu.

Dalam sesetengah keadaan juga, ada sesetengah daripada kita akan merasa giveup. Katakan A ingin cari duit free melalui adsense, tiba2 beliau tengok ramai betul yang cari duit dengan jual barang fizikal di Internet. Beliau yang belum dapat2 lagi habis belajar adsense, terus sahaja menukar haluan untuk belajar jual barang fizikal di Internet. Bila yang ni tak menjadi, beliau tukar lagi. Hrm.. macam tulah seterusnya sehinggalah beliau giveup.

Kedua-dua keadaan memang akan membantutkan usaha kita untuk cari duit online
Disebabkan seriusnya masalah ini saya akan kongsi 3 tip dengan anda tentang bagaimana cara mengatasi masalah ini. Setakat ini saya ada amalkan dan saya dapat merasakan hasilnya. Disebabkan penjelasan agak panjang, saya akan pecahkan kepada lebih kurang tiga entry. Untuk pos kali ini saya berkongsi dengan anda semua tentang satu tip dahulu. Bertenang, takkan lari maklumat dikejar.


Tip 1 Kategorikan Maklumat Mengikut Kategori Yang Sesuai

Biasanya dalam permulaan untuk buat bisnes Internet kita akan cari banyak informasi untuk memilih bidang yang kita rasa sesuai dengan kita. Jika tidak diatur dengan betul besar kemungkinan kita akan mengalami "Information Overwhelming".

Dengan meletakkan sesuatu informasi mengikut suka hati mengikut jenis maklumat akan membantu kita untuk memilih salah satu cabang perniagaan yang kita mahu. Saya pernah membuat kategori seperti dibawah. Pada waktu ini terus terang saya katakan saya tidak tahu mana satu yang hendak dipilih. Kategori yang pernah saya letakkan adalah seperti berikut:

a) Getting Traffic
Teknik-teknik untuk mendapatkan trafik , disebabkan trafik sangat penting dalam perniagaan Internet, saya letakkan ini dibawah satu kategori.

b) Program Affiliate
Program affiliate merupakan salah satu cara yang paling popular untuk jana kewangan di Internet. Jadi saya letakkan satu kategori untuk ini.

c) Program Pengiklanan
Disebabkan saya ada blog dan blog saya ni daripada dibiarkan kosong lebih baik saya letak Iklan adsense, Bidvertiser, dan nuffnang mengikut kesesuaian.

d) Forex Technique
Teknik2 forex, kebiasaannya ramai yang tak suka forex kerana high risk, tetapi saya sukakan analisis graf yang ada dalam forex, hrm sebenarnya saya tak terlibat pun dengan forex. Tapi apa salahnya belajar. Mana tau kalau dah yakin boleh buat juga.

e) Pembangunan Diri
Pembangunan diri memang sangat penting, untuk cari duit di Internet memerlukan motivasi, kerana kadang2 ada masa kita akan rasa tertekan, nak menulis blog pun malas.

f) Pengurusan Kewangan
Salah satu yang paling penting, apa guna cari duit banyak2 kalau tak pandai diurus, jadi saya letakkan kategori ini.

g) Cari Duit Free Melalui Servis
Saya dapat tau yang di Internet boleh cari duit melalui servis dimana orang yang tak ada blog pun boleh cari duit juga. Contoh2 servis seperti servis design banner, buat programming dan design website atau blog. Apa salahnya saya letakkan kategori khas untuk servis.

Sebenarnya banyak lagi kategori yang boleh diletakkan, bergantung kepada kita. Ataupun bergantung kepada rujukan kita. Salah satu rujukan yang bagus ialah Pakej Lumayan. Saya ada buat review sebelum ini berkenaan pakej lumayan.


Tools untuk kategori

Untuk membuat kategori-kategori cari duit online , kita memerlukan alat2 atau metod2 yang sesuai yang boleh memudahkan kita untuk buat grouping

a) Rujukan Awal
Penting untuk kita buat rujukan awal berkenaan dengan kategori bisnes Internet yang ada. Rujukan awal ini adalah untuk tujuan pengkategorian sahaja. Jangan pergi terlampau dalam terlebih dahulu sebelum kita membuat rujukan awal ini. Ini sangat penting untuk mengelakkan kita "karam" dengan bahan bacaan yang berat2. Kita juga boleh beli buku permulaan untuk newbie seperti pakej lumayan .

b) Peta Minda & Carta
Kita boleh guna peta minda atau carta yang sesuai untuk pengkategorian tersebut.
Boleh juga dilukis dengan tangan atau pun menggunakan software, mungkin boleh guna Microsoft Word.

c) Kaji Pakej - Pakej yang dijual atau diberi percuma
Kita juga boleh mengkaji pakej-pakej yang ditawarkan oleh Usahawan Internet. Jangan berlengah2 untuk download pakej2 percuma yang diberi. Biasanya pakej percuma ini memang dibuat secara kategori dan tidak terlampau berat untuk orang-orang baru. Anda masih boleh download Pakej Tip Percuma dan Pakej 20 Ebook percuma selagi anda nampak ada link di blog ini , saya akan cuba update pakej2 terbaru kalau ada. Kita ambil contoh Pakej Tip Percuma membahagikan kategori sebagai:

Panduan PERCUMA membuat blog (Panduan Blogging)
Traffik dengan feedjeet (Panduan Trafik)
Panduan SEO (Panduan Trafik)
7Hari Mahir Affiliate oleh Raja Lelong (Panduan Affiliate)
Tip Mempromosikan Affiliate (Panduan Affiliate)
Rahsia Google Adsense (Adsense/Pengiklanan)
Software Photoshop
Tip Antivirus Percuma Seumur Hidup

Cuba kita lihat, ada Panduan Blogging, Trafik, Panduan Affiliate, dan Panduan Pengiklanan disamping support tool yang lain, mungkin anda juga boleh kategorikan seperti ini jika anda mahu. Kalau nak tengok yang lagi banyak bolehlah buat untuk 20 ebook percuma pula.

Satu lagi tip penting ialah, anda buat folder berdasarkan kategori khas untuk ebook, sama juga kalau anda ada blog2 rujukan , buat folder bookmark yang sesuai dan bookmark mengikut kategori.


Summary

Apa yang penting bila ada banyak maklumat ialah menyusun maklumat mengikut kategori. Ini akan membuatkan anda lebih tersusun dan lebih fokus.
Saya harap tip ini berguna untuk anda yang baru menjejakkan kaki ke dunia Internet yang penuh dengan pelbagai pilihan dan informasi.. sehinggakan tidak tahu hendak memilih yang mana! Selamat Maju Jaya, jika anda rasa tip ini bagus, jangan lupa saya akan bagi 2 lagi tip Menangani Information Ovewhelming

Comments

  1. satu yang setakat ni aku menjauhkan diri adalah online forex 9/10 kawan-kawan semua kantoi dan rugi puloh2 ribu...

    ReplyDelete
  2. @Nazra~ sama2 nazra, berkongsi2 maklumat dan pengalaman sahaja.. semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  3. @denaihati online forex memang begitu, ramai pula kawan2 yang dapat untung besar dalam forex ni. Mungkin bila ada masa patut berguru dengan mereka pula nanti.

    ReplyDelete
  4. its so much true..but, you are quite firm when blogging the info. Good attitude

    ReplyDelete
  5. @Manji Thank u so Much! ^_^ and welcome to this blog. I'm also still in learning process

    ReplyDelete
  6. memang brmanfaat & pedoman utk naz klau nk blajar sesuatu tu,blajar bg habis dlu.jgn rush nk p yg lain plak :D

    ReplyDelete
  7. hrm.. ^_^ I'm glad it helps.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi...

Lelaki Kacak SEO Contest is Challenging

Lelaki Kacak SEO contest Challenging Lelaki Kacak SEO Contest is very challenging. The challenge is not because the keyword is competitive since Lelaki Kacak is not a popular keyword. The contest is challenging because there are 83 blogger especially some experienced SEO player joining this contest. A glass of  tea tarik and roti bakar . My post rank for Lelaki Kacak Keyword Now according to google Malaysia. for the keyword lelaki kacak. The blog post from this blog:  Lelaki Kacak Contest   is at page 3. While blog post :  Lelaki Kacak Sebenar - benar Kacak  is at page 5. Targeting to be in top 5 is quite tough looking at the situation. However, right now only targeting for better ranking. The due date is approaching. Just changing this blog layout, so that loading speed will be reduced. It will somehow helps in better ranking in google SERP.

Blogging Tip: 5 Cara 'Friendly' Trafik ke blog.

5 cara friendly untuk tarik trafik ke blog baru anda. Entry ini sesuai untuk yang sangat2 baru dalam bidang blogging ini dan juga orang yang dah lama buat blog tapi sorang pun tak lawat blog dia. Asyik2 dia jer baca entry blog sendiri. Kalau anda macam tu juga, udah2lah.. carilah kawan untuk blog anda. Anda tentu pernah lihat banyak banyak artikel lain yang cerita pasal cari trafik banyak2 dengan mudah, tapi artikel kali ini fokus kepada friendly trafik , kerana kalau pelawat anda friendly, dan anda pun friendly tentu diorang suka hantar komen ke blog anda kan? Berikut ialah teknik2 nya , saya pun selalu jugak buat ni. 1) Promote blog melalui Messenger seperti Yahoo Messenger, GTalk dan Live Messenger Saya percaya anda ada YM atau salah satu dari messenger di atas. Caranya ialah dengan beritahu kawan2 messenger yang anda dah bukak blog . Apa2 pun mesti bagitahu kawan Messenger dulu, sekurang2nya mereka kawan kita, eloklah berkongsi blog dengan kawan2. Namun begitu harus diingat, ...