Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tahun Baru 2010 , selamat tinggal 2009!

Malam tadi saya cuma lepak kat rumah sambil-sambil tengok TV..  Malam tadi malam tahun baru 2010, hari terakhir untuk 2009.

Apa yang menarik tentang hari ini ialah bukan sahaja tahun baru tapi sambutan dekad yang baru.. Bagaimana menyambut tahun baru terpulanglah kepada individu.

Apa yang lagi menarik perhatian saya malam tadi bukannya tahun baru, tetapi peristiwa gerhana bulan separa. Teringin sebenarnya nak tengok , tapi nampak gaya badan dah tak tahan, dah dekat dua minggu stay up. Alih-alih malam tadi bila teringin nak tengok gerhana , boleh terlelap sampai ke pagi.

Nak buat macammana.. dah takde rezeki.

Ada sesiapa yang rakam video gerhana malam tadi tak? Bak sini link :)

Tahun 2009 telah berlalu,

Sebenarnya 2009 tahun yang penuh hectic bagi saya, tahun yang terkejar-kejar. Samaada dalam kerjaya dan dalam hidup seharian,

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku ialah seorang ahli keluarga kena buatan orang, prestasi saya yang paling merosot dalam kerja pada tahun ni. Tahun 2009 juga satu-satunya tahun yang saya tak fokus main chess. Tahun 2009 juga ialah pencapaian terburuk saya dalam kerja. Sebenarnya tiada pencapaian yang dapat di banggakan sangat.

Walaupun begitu tahun 2009  juga tahun yang manis, tahun pertama puasa dan raya bersama isteri. Memang lain dari tahun-tahun sudah. Pada tahun 2009 yang kalut ini juga , dalam hidup saya dapat merasa tenang yang betul-betul tenang , bukan tenang yang biasa . Memang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Maka benarlah , disebalik kesempitan ada kesenangan. Disebalik kekalutan ada ketenangan.

Tahun 2009 juga saya mulakan blog ni, dan jumpa ramai kawan - kawan blogger lain. denaihati, talrasha2007, mantra, mintang_telip2, apiih, JerungPerkasa, RajaKamil, wanmus. lili-precious, hazarii, izzataziz, xpo, sha_hir, dan ramai lagi (minta maaf , tak dat nak tuliskan semuanya disini) . Korang semua memang best!

Tahun ni juga tahun saya mula ber"kicau" dan jumpa kawan-kawan twitter yang ramai. Saya juga dapat buat duit dengan twitter. Berjaya 2 kali cashout dari Magpie :) , dan juga dalam proses untuk cashout dari ChurpChurp dan juga SponsoredTweets.

Tahun 2009 juga banyak menang contest. Terima kasih denaihati, wanmus, rajakamil, JerungPerkasa dan organizer contest yang lain.

Apa-apa pun itu cerita lepas, cerita 2010?

Tahun 2010 merupakan tahun untuk restructuring balik personal financing. Saya ada target untuk bebas kewangan selewat-lewatnya pada tahun 2020. Buat masa sekarang belum lagi on the right track untuk bebas kewangan.

Tahun ni juga tahun untuk buat comeback dalam kerjaya.

Tahun ini juga tahun untuk fokus dalam bidang Internet

Tapi apa yang paling penting ialah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas dalam segenap aspek kehidupan, rohani dan jasmani.

Selamat tahun baru ke pada semua,

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya!

Comments

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi...

King Of Beyblade Malaysia 2023 Date and Prize is Revealed

 Yesterday, the prize for King of Beyblade Malaysia 2023 is revealed by J&J Store.  The tentantive date for the King of Beyblade 2023 is 29th September 2023 untuk 1st October 2023. The place is at KLCC Convention Center. The total cash prize is RM 5000 with rare beyblade and beyblade parts.  The prize is revealed! For all competitive bladers, mark your calendar and let us meet there! 

Blog Update | Increase Blog Traffic | Submission to Blog Directory

The importance of high traffic has been well known for a blog to monetize. One popular way of getting traffic to our blog is by submitting the blog to blog / web directory. (Kepentingan trafik yang tinggi sudah untuk sebuah blog menjana pendapatan memang sudah tidak asing lagi. Salah satu cara yang popular ialah dengan menghantar blog ke direktori. ) For now my blog is submitted to: (setakat ini blog saya telah dihantar ke:) Going to send this blog to more directories. Any suggestion is very much appreciated. (Akan menghantar blog ini ke lebih banyak direktori. Sebarang cadangan amat2 dihargai. ) ^_^ p/s - Hari ni saja2 je buat dua bahasa. The one in the "( ) " is in Bahasa first comment by: denaihati