Saya sering mendapat soalan bagaimana untuk menambah twitter follower, walaupun follower saya tidaklah sebanyak mana. Sebenarnya sepanjang saya bertwitter ni dah banyak cara saya pakai untuk tambah follower. Dari main sistem automatic follow (train follower ) dan lain lain lagi.
Pentingkah follower?
Sememangnya penting -
Bagi sesiapa yang nak buat duit dengan twitter, memang kena ramai follower baru cepat cashout.
Bagi celebrity dan web celebrity, makin ramai follower , makin glamourlah
Bagi setiap twitterer, saya rasa makin ramai follower makin puas hati
Sebab tu lah .. pada mula-mula dulu memang selalu fikir nak tambah follower.. dalam kepala saya senang sahaja, lagi ramai follower, lagi puas hati, lagi hebat..
Follower atau Kawan ?
Tetapi bila dah lama-lama main twitter ni, saya dapat rasakan bukan follower yang banyak yang menjadikan twitter tu best, tapi kawan twitter yang banyak!
Kalau difikirkan, saya bukan hebat sangat untuk dapat follower yang ramai, bukan artis, bukan celebrity, bukan ahli politik, cuma seorang yang minat tulis blog dan tweet. Jadi ada kawan lagi penting buat saya, berbanding follower.
Itu bagi saya, nak tau juga apalah yang ada dalam fikiran anda...
Poll Untuk Anda
Korang semua lagi berat untuk pilih yang mana?
Follower Yang Ramai atau Kawan Twitter yang ramai? Kenapa?
Sila undi poll yang saya letak kat atas :) Poll berakhir 10 Jan 2010
Boleh tulis komen dibawah ni :)
Comments
Post a Comment