Skip to main content

Buat Emel yang Khas | Download E book | Freebies | Join Contest| Bisnes|

Tajuk diatas adalah dirujuk (macam surat rasmi la pulak ^_^).
Sebelum tu mari kita layan gambar ni dulu. Hehe..





Adakah anda salah sorang macam gambar diatas?

Saya cadangkan anda elakkan perkara diatas dari berlaku. Buat email yang khas untuk kategori yang anda tentukan, especially bagi penggemar produk free dan duit free internet macam saya. Kalau anda tak buat duit FREE pun saya cadangkan jugak untuk buat email-email khas. Untuk peminat FREEBIES dan produk Internet memang perlu email khas.

Kenapa?

1. Banyak FREEBIES yang kita boleh dapat kat Internet, seperti ebook, script, banner (erk, pernah ada orang bagi free?), Template dan lain-lain yang bagus-bagus.

2. Banyak juga Contest di Internet ini dan banyak juga yang menawarkan hadiah wang tunai. Heh.. peluang buat duit FREE tuu. Di Malaysia Contest2 ini biasanya banyak dianjurkan oleh local Internet Marketer. Rugi kalau tak join.

3. Program buat DUIT FREE seperti Pay Per Lead pun banyak juga jangan lepaskan peluang.

4. Banyak E-Book2 bagus yang mungkin menarik minat anda untuk membelinya.

Keempat-empat perkara diatas dan lain2 yang anda boleh senaraikan sendiri, biasanya memerlukan email subscription.

Contohnya kalau nak download ebook FREE. Selepas subscribe email, verification link akan dihantar melalui email. Kita kena confirm/verify dulu, lepas tu baru dapat download link.

Kenapa pulak nak kena masuk email?

Ini antara sebab2nya:
1. Verification macam saya bagitau tadi.
2. Untuk rekod diorang, diorang pun nak tahu juga berapa ramai orang download.
3. Contest/FREEBIES memang salah satu tujuannya ialah untuk kumpul email kita untuk tujuan pemasaran. Tak kesahlah tu.. memang kita nak barang FREE kan?
4. Senang diorang nak update pasal contest atau apa2 info yang baru untuk kebaikan kita juga.

Okay.. faham ? Tapi.... Kenapa la pulak nak kena buat email lain?

Alright, sebab saya ni orang yang suka persamaan, mari kita buat sedikit matematik ringkas.

Katakan anda subscribe ke tiga puluh 30 tempat termasuk FREEBIES dan Contest.

Tempat = 30

Katakan setiap minggu anda dapat purata 1 email dari setiap orang.

Email Seminggu = 1 Email/Tempat.

Jumlah Email dari 30 Tempat= 1 Email/Tempat * 30 Tempat = 30 Email.

Banyak kan? Tak campur lagi dengan:

  1. Email dari kawan2
  2. Forwarded email dari yahoogroup (ramai yang suka forward2 emel ni kan? :D)
  3. Spam email yang terlepas masuk kedalam Inbox.
  4. Atau mungkin kes macam ni? hehe



Okeylah mungkin 30 post email tambahan seminggu takde masalah bagi anda. Mari kita berimiginasi sikit. Bayangkan pulak kita offline dua minggu. Lepas dua minggu kita check email tengok2 ... penuh Mailbox.

Bila dah penuh mailbox, kita pun baca sepintas lalu saja, termasuklah yang update pasal Contest dan mungkin ada Produk FREE limited Offer yang mungkin sangat bersesuaian dengan kita. Worst case kalau kita subscribe guna email kerja, tak pasal2 kita termiss juga pasal kerja2 penting. Nak worst case lagi, bagi email kerja, mailbox penuh dan email2 daripada bos anda bouncing tak boleh sampai ke Inbox.

Ok? Dah nampak bahayanya kat situ kan kalau email kita overload. Saya tegaskan lagi cadangan saya, buatlah email baru yang khas.

Saya punya practice, saya buat email dari domain2 email yang berlainan,daripada Yahoo dan Gmail. Senang nak tengok email baru update di GTalk dan YM. E-mail kerja langsunglah tak dilibatkan.

Ohh.. bagi yang minat nak dapat produk FREE dan info pasal pertandingan. Dalam blog ini ada kadang2 update tentang pertandingan dan FREEBIES juga ebook baru yang ada dipasaran yang saya rasa menarik. Saya akan update setakat yang termampu. Kalau benda free anda jangan segan2 ambil. Kalau e-book berbayar, kenalah fikir dulu, kadang2 kalau rajin saya akan buat review tapi seboleh2nya ambil laporan percuma dulu.

Jangan lupa gunakan email khas anda tau. 0_0 .

gambar dari : http://ola.wkkf.org
kartun dari : http://itsngenius.net

first comment by:

paan


Comments

  1. aku ada byk gak la email..tapi suka plak guna yg satu jer..memang byk ke situ..kalo yg personal ada plak email lain..yg rpoblem,xlarat nak sign in sign out...

    ReplyDelete
  2. haha.. aku dulu gitu gak, skarang ni guna email dari platform berbeza, satu yahoo, satu lagi gmail. Senang boleh tengok kalau ada new post dengan pakai YM dan GTalk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Iphone 4S is My Gadget Impian

My Gadget Impian is iPhone 4S. In this blog post I'm going to tell you why I want iPhone 4S. 1. SIRI The main reason why I want this iPhone 4S is because of SIRI. Yes that virtual assistant, secretary called SIRI. I am using Galaxy Ace, I tried out the Speaktoit assistant which I think is pretty cool. I want to know SIRI too. Processing voice is harder compared to text processing. You can say that I am in love with this technology. SIRI vs Speaktoit Assitant Video 2. Better photo My friend @HafeezHana - a photographer said that in term of graphic Iphone is a better compared to other smartphone products. I like taking random photograph using my Galaxy Ace. Maybe with iPhone 4S I can take better photo. Taken using Galaxy Ace 3. Because of the late Steve Jobs iPhone 4S also can stand for iPhone for Steve. Steve Jobs inspired many - including me. Here I am going to share again my favorite Steve Jobs speech. It will be nice to have a product by inspi

Curi Gambar Anak untuk menang Contest

Terima kasih kepada twitterer @kuee, kaalu tak saya tentu tak tahu tentang benda nie.  Terkejut sebenarnya bila baca post tu. Shock ! Memang blank sekejap sebab tak sangka betul boleh jadi macam tu. Ukh.. semuanya semata-mata untuk menang contest.  Ini dia excerpt post dari mangsa: SOME STUPID MOTHER WHO HAS STOLEN MAYA'S PICTURE JUST FOR THE SAKE OF WINNING A CONTEST! AND WIN! PLEASE FRIENDS, PLEASE SPREAD THIS UNETHICAL ATTITUDE FOR THE TRUTH.. ITS MY DAUGHTER SHE IS CLAIMING!  . .. baca selanjutnya Boleh juga tengok blog mana yang buat scam tu kat sana. Malas nak indirectly promote blog tu kat sini. Sebenarnya inilah sebabnya saya tak pernah letak gambar-gambar personal online, inilah juga sebab saya tidak berfacebook dan juga tidak berfriendster, walaupun diajak berkali-kali oleh kawan-kawan lama. Oh.. saya ada join friendster, tapi gambar tak pernah saya letak. Lagi satu kalau boss nampak, macammana? Eh jangan salah sangka lak, gambar saya bukanya hensem sangat..

Menang Contest Review : Terima USD30 + Free Hosting daripada Wanmus

Sebelum Raya yang lepas saya ada dapat sedikit rezeki daripada Review Contest anjuran wanmus, sorang Internet Marketer tempatan. Dan saya ada menyebut yang saya akan buat post kat sini.Jadi post ini sebenarnya post membayar hutang. Review Post Contest Dalam contest tersebut saya dikehendaki membuat review terhadap salah satu post wanmus bertajuk: Blog PR0 & Baru 2 Hari Dah Dapat Payment? Alhamdulillah, dapat lah hadiah review terbaik. Jumlah sebanyak USD 30 dimasukkan kedalam akaun paypal saya. Terisi jugalah akaun paypal yang dah lama tak terisi.  Kalau anda takde akaun paypal cepat-cepatlah buat ye. Banyak juga contest-contest terutamanya contest oversea yang menawarkan duit melalui paypal. Boleh klik sini untuk register paypal. Selain itu saya turut memenangi hadiah berupa free 100MB hosting selama setahun daripada Jom Hosting juga kepunyaan wanmus. Thanks to my wife Sebenarnya saya pun tak sangka boleh menang, saya cuma cuba buat post dengan sejujur ya